KUALA LUMPUR 31 Okt - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan pulangan tunai sebanyak RM1,000 menerusi kempen Cuti-Cuti Malaysia Terengganu sehingga 20 November 2022.
PLUS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, orang ramai boleh mengambil peluang untuk bercuti secara solo, bersama keluarga atau rakan sambil memenangi pulangan tunai.
Menurutnya, orang ramai hanya perlu mendaftar di https://hello.tourplus.my/cuti-cuti-terengganu/ untuk menyertai kempen tersebut.
"Peserta hanya perlu memandu ke Terengganu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan singgah ke tiga (minimum) destinasi tarikan yang dicadangkan berdasarkan senarai lokasi atau di mana-mana 'hidden gems'.
"Muat turun aplikasi Tourplus dan kongsikan ulasan (review) anda beserta gambar di dalam aplikasi tersebut. Seramai 20 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM1,000," katanya.
Katanya, lebih banyak ulasan dikongsikan, lebih tinggi peluang untuk menang, tertakluk kepada terma dan syarat. - DagangNews.com