KUALA LUMPUR 23 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Felda kembali bangkit.
“Felda yang ditubuhkan untuk mengeluarkan orang Melayu daripada garis kemiskinan telah berjaya menjadikan peneroka sebagai peladang moden dengan memiliki aset sendiri seperti tanah kelapa sawit seluas 10 ekar beserta rumah.
“Harapan saya adalah semoga FELDA kembali bangkit,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mendengar taklimat mengenai perancangan memperkukuhkan semula Felda, di ibu pejabat lembaga itu di Menara Felda ibu negara semalam.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sementara itu, Idris merakamkan penghargaan di atas kunjungan Perdana Menteri ke Menara Felda untuk mendengar taklimat ” Felda menuju ke arah Kecemerlangan”.
“Perdana Meneri mahu jadikan Felda sebagai role model pembangunan luar bandar.
“Kita doakan kejayaan dan keberkatan. Insya-Allah,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. - DagangNews.com