KUALA LUMPUR 4 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perayaan Deepavali menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.
''Saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu,'' katanya menerusi hantaran di Twitter dan Facebook rasmi beliau malam tadi.
''Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.
''Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini,'' kata Perdana Menteri. - DagangNews.com