PETALING JAYA 27 Ok — Salah maklumat mengancam kemajuan ke arah masa hadapan bebas rokok, dedah satu kaji selidik antarabangsa yang dikeluarkan oleh Philip Morris International Inc. (PMI) (NYSE: PM).
Kumpulan-kumpulan yang mendapat penajaan pihak tertentu berterusan mempromosi naratif salah dan menyebarkan kekeliruan walaupun sokongan umum bertambah terhadap alternatif bebas rokok yang disokong secara saintifik sebagai pilihan terbaik untuk orang dewasa berbanding berterusan merokok.
Kaji selidik tersebut – dilakukan dalam kalangan hampir 30,000 orang dewasa di 26 negara oleh firma penyelidikan bebas Povaddo dan ditugaskan oleh PMI—mendedahkan bahawa terlalu ramai perokok dewasa tidak menyedari bahawa wujud alternatif lebih baik untuk rokok, tidak ada akses kepadanya, atau keliru dengan maklumat palsu atau menyimpang yang menghalang mereka daripada membuat keputusan berasaskan maklumat betul.
Terdapat permintaan awam yang jelas untuk kajian semula secara kolektif terhadap fakta dan sains mengenai produk-produk bebas rokok. Hampir lapan daripada 10 responden (79%) bersetuju bahawa perokok dewasa yang memiliki akses dan maklumat tepat, akan bertukar kepada alternatif bebas rokok. Pandangan ini dikongsi oleh 87% perokok dewasa sedia ada.
Pengarah Urusan di Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd., Naeem Shahab Khan berkata, adalah jelas bahawa penemuan saintifik bebas mengenai manfaat alternatif kepada rokok tidak disalurkan maklumat secara tepat kepada perokok dewasa.
“Menyampaikan fakta dan sains mengenai alternatif lebih baik adalah sangat penting kepada perokok dewasa untuk mengurangkan dengan pantas kadar menghisap rokok dan saya pasti bahawa semua pihak termasuk badan kesihatan awam dan kerajaan bekerjasama untuk mencapai matlamat itu, kita boleh merealisasikan wawasan bebas rokok,’’ katanya dalam kenyataan di sini.
Malaysia adalah satu daripada pasaran di dalam kaji selidik tersebut, yang mana 1,105 rakyat dalam usia sah telah disoal selidik. Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, Malaysia menganggarkan golongan perokok adalah seramai 4.8 juta.
Hasil kaji selidik ini jelas menunjukkan betapa kelirunya orang awam mengenai produk bebas rokok.
- Lebih daripada separuh orang dewasa yang dikaji selidik telah secara salah mempercayai bahawa produk e-rokok dan tembakau dipanaskan kononnya berbahaya daripada atau sama berbahaya dengan rokok (masing-masingnya 57% dan 62%, bagi setiap kategori produk).
- Ditanya mengapa mereka tidak mempertimbangkan untuk menukar kepada alternatif lebih baik, sekitar tiga per empat perokok yang dikaji selidik menyatakan kekurangan maklumat bagaimana produk tersebut berbeza daripada rokok (33%) dan ketidakpastian mengenai (40%).
Kaji selidik itu turut menunjukkan bagaimana maklumat tepat mengenai alternatif lebih baik boleh membantu perokok beralih daripada menghisap rokok.
- Majoriti besar (95%) perokok dewasa yang telah bertukar ke alternatif lebih baik dan berhenti menghisap rokok mengesahkan bahawa mempunyai maklumat tepat bagaimana produk ini berbeza daripada rokok adalah satu faktor penting untuk mereka membuat keputusan.
- Daripada perokok dewasa tersebut, 66% berkemungkinan besar menukar ke alternatif lebih baik (seperti e-rokok atau produk tembakau dipanas) jika mereka mempunyai butiran jelas bagaimana produk ini berbeza daripada rokok dan sains disebaliknya.
Kaji selidik itu juga mengkaji sikap orang awam terhadap penyelidikan saintifik yang dilakukan oleh pengeluar produk bebas rokok.
Majoriti orang awam yang dikaji selidik (85%) percaya bahawa kerajaan mereka bertanggungjawab secara objektif untuk menilai dan mempertimbangkan bukti-bukti saintifik mengenai produk alternatif bebas rokok yang datang daripada pengeluar seperti PMI.
Selain itu, lebih daripada separuh responden (68%) menyokong syarikat rokok bekerjasama dengan kerajaan, pihak berkuasa dan pakar kesihatan awam bagi memastikan perokok mempunyai akses kepada maklumat tepat mengenai alternatif rokok bebas.
Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Luaran PMI, Grégoire Verdeaux berkata, orang ramai mengharapkan badan-badan dan pihak berkuasa kesihatan awam mencapai konsensus saintifik berkaitan alternatif bebas rokok yang inovatif dan menyediakan orang dewasa yang merokok maklumat berasaskan bukti mengenai produk-produk ini.
“Salah maklumat mengenai alternatif bebas rokok – lazimnya berasaskan hanya pendapat – adalah satu isu yang lazim dan mempunyai kesan dunia sebenar.
''Mendakap fakta, teknologi inovatif dan sains adalah tanggungjawab bersama industri, pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan, dan ia adalah sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan bagi memacu perubahan positif untuk dunia,’’ kata beliau.
Untuk meninjau penemuan lengkap kaji selidik ini, lawat PMI.com/informedchoice
Metodologi Kaji Selidik Povaddo
Povaddo melaksanakan kaji selidik dalam talian mewakili PMI antara 19 Julai dan 3 Ogos 2021. Kaji selidik ini meliputi 29,484 responden dalam usia sah, dipilih daripada penduduk umum dan berusia 21 atau lebih, di 26 negara: Argentina, Brazil, Colombia, Republik Czech, Republik Dominican, Perancis, Greece, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, Maghribi, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Arab Saudi, Africa Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Emiriah Arab Bersatu, Ukraine, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. – DagangNews.com