Pos Malaysia tawar kadar rata serendah RM6.11 sempena Jualan 11.11 | DagangNews Skip to main content

Pos Malaysia tawar kadar rata serendah RM6.11 sempena Jualan 11.11

KUALA LUMPUR 1 Nov – Jualan 11.11 kini kembali dan Pos Malaysia menyediakan tawaran penghantaran istimewa kepada para pelanggan jumpa terus (walk-in).

 

Bagi bulan November, para pelanggan walk-in dapat menikmati promosi kadar rata eksklusif kami bagi penghantaran bungkusan Pos Laju.

 

Melalui lebih daripada 3,000 kaunter peruncitan, Pos Malaysia menawarkan penghantaran paling mudah bagi penghantaran seluruh negara.

 

Menurut Pos Malaysia, carian cawangan yang terdekat atau ejen berdaftar boleh dilakukan melalui Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

 

Promosi ini menawarkan kadar istimewa dari serendah RM6.11 bagi penghantaran bungkusan dalam lingkungan Semenanjung Malaysia dan dalam linkungan Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur), serta RM11.11 di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

 

Kadar istimewa ini termasuk 6% SST dan sah untuk bungkusan dengan berat sehingga 0.5kg setiap satu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, Jualan 11.11 hampir tiba dan Pos Malaysia sentiasa komited menyokong keperluan penghantaran bagi perniagaan kecil, penjual persendirian dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dan menghubungkan produk dan barangan mereka ke seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan.

 

''Kami juga komited menyediakan ketersambungan antara 1.7 juta SME dan MSME negara dengan pengguna di Malaysia dan terus mengirimkan senyuman melalui setiap penghantaran!,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

 

Charles Brewer
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos MalaysiaCharles Brewer

 

 

Tambahan kepada tawaran penghantaran istimewa ini, para pelanggan walk-in berpeluang memenangi hadiah wang tunai secara harian melalui peraduan Hantar & Menang (Send & Win) yang berlangsung dari 1 November–31 Disember 2021.

 

Kelayakan adalah secara automatik apabila para pelanggan mengepos barangan menggunakan Pos Laju atau International EMS menggunakan kaunter, di mana-mana cawangan Pos Malaysia sepanjang peraduan berlangsung.

 

Kumpul mata ganjaran bagi setiap barang yang dipos untuk memenangi hadiah wang tunai RM300 secara harian dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama RM3,000.

 

Sila layari https://bit.ly/hantardanmenangposlaju untuk mendapatkan maklumat peraduan. – DagangNews.com