Prestasi suku ketiga HPMT menepati jangkaan : HLIB Research | DagangNews Skip to main content

Prestasi suku ketiga HPMT menepati jangkaan : HLIB Research

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
nabila@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Nov - Keputusan kewangan suku ketiga HPMT memenuhi 78% daripada ramalan tahun penuh yang dibuat Hong Leong Investment Bank.

 

HLIB Research berkata, HPMT melaporkan hasil sebanyak RM24.4 juta, meningkat 9.5% suku ke suku dan 31.3% tahun ke tahun.

 

Ujarnya, syarikat itu turut mencatatkan kenaikan dalam PATAMI sebanyak 34.7% suku ke suku dan 91.7% tahin ke tahun kepada RM4.2 juta.

 

"Untuk itu kami mengekalkan saranan 'Beli' ke atas saham HPMT dengan harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM0.77 sesaham," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, HPMT berkata, pertumbuhan tersebut didorong terutamanya oleh hasil yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan dan perdagangan yang masing-masing meningkat sebanyak 25.0% dan 244.8%. 

 

Ujarnya, segmen pembuatan mencatatkan hasil sebanyak RM21.8 juta manakala segmen dagangan melaporkan hasil sebanyak RM2.0 juta sekaligus melonjakkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 97.1% kepada RM5.9 juta, berbanding RM3.0 juta pada suku yang sama tahun lepas.

 

Dalam pada itu HLIB berkata, berdasarkan pembacaannya tentang pasaran alat pemotong yang lebih luas, terdapat tanda-tanda permulaan pemulihan daripada segmen aeroangkasa yang boleh menyediakan landasan yang lebih panjang untuk tinjauan pesanan. 

 

"Pemotongan pengeluaran kenderaan juga tidak menjejaskan permintaan, kami berpendapat disebabkan oleh penimbal inventori terbina dalam yang lebih tinggi.

 

"Secara keseluruhannya, kami percaya HPMT telah mendapat manfaat daripada penyimpanan semula, permintaan terpendam dan perolehan pemuatan hadapan sebagai tindak balas kepada ketidaktentuan rantaian bekalan," katanya. -DagangNews.com