Produk kraftangan, makanan hasil buatan banduan jadi tumpuan di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor | DagangNews Skip to main content

Produk kraftangan, makanan hasil buatan banduan jadi tumpuan di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor

Orang ramai mengunjungi reruai Jabatan Penjara Malaysia bagi melihat produk-produk buatan banduan di Jelajah AKM Selangor di pekarangan Stadium Shah Alam pada 21 Ogos 2022.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

SHAH ALAM 21 Ogos -  Hasil kraftangan dan produk makanan yang berkualiti hasil buatan banduan dari Penjara Kajang menjadi tumpuan di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor yang berlangsung di pekarangan Stadium Shah Alam selama tiga hari, bermula 19 Ogos 2022.

 

Kakitangan Unit Vokasional dan Industri Penjara Kajang, Daniyal Harun berkata, pelbagai barangan dijual di Jelajah AKM Selangor yang kesemuanya dihasilkan banduan adalah hasil tunjuk ajar dan latihan daripada pihak kerajaan.

 

Beliau berkata, antara barangan yang dijual, termasuk produk makanan seperti rempeyek, pes makanan, karipap pusing sejuk beku, selain produk kraftangan seperti tempat letak telefon, set barbeku, buaian, tunku memasak, rak buku dan sebagainya.

 

"Kebanyakan produk kraftangan dihasilkan melalui bahan terbuang yang boleh dikitar semula. Contohnya set barbeku, mereka menggunakan rim terpakai untuk menghasilkannya.

 

"Mereka (banduan) mengambil masa selama enam bulan hingga setahun untuk mahir dalam pembuatan kraftangan dan makanan yang dibimbing agensi kerajaan," katanya kepada DagangNews.com hari ini.

 

Menurut Daniyal, selain produk makanan dan kraftangan, banduan terbabit juga melaksanakan projek pertanian dan kelas jahitan di Penjara Kajang.

 

"Mereka turut menanam tembikai, jagung dan sayur-sayuran di kebun. Mereka seronok kerana mempelajari ilmu baru khususnya asas pertanian. Apabila mereka bebas kelak, mereka boleh bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri khususnya bidang pertanian," katanya.

 

 

penjara
Daniyal Harun

 

 

penjara

 

 

Katanya, orang ramai juga boleh mendapatkan produk-produk tersebut di galeri Penjara Kajang secara 'walk-in'.

 

 

penjara

 

 

penjara

 

 

"Kebanyakan produk ini dijual di pasaran luar, hanya di program-program tertentu seperti Jelajah AKM sahaja.

 

"Orang ramai boleh datang ke galeri Penjara Kajang untuk melihat secara dekat atau membelinya dengan harga berpatutan," katanya. - DagangNews.com