Prospek ekonomi Malaysia dijangka lebih baik menjelang 2021, kata Ketua Perangkawan  | DagangNews Skip to main content

Prospek ekonomi Malaysia dijangka lebih baik menjelang 2021, kata Ketua Perangkawan 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Indeks Pelopor (IP) yang mengukur hala tuju ekonomi ke hadapan menunjukkan peningkatan tahunan selama tiga bulan berturut-turut.

IP berkembang 7.7% kepada 109.2 mata pada Julai 2020 daripada 101.4 mata pada Julai 2019. 

Berdasarkan bulan ke bulan, IP meningkat 4.4%.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, positif terbesar disumbangkan oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (1.8%).

 

Mohd. Uzir Mahidin berkata, positif terbesar disumbangkan oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (1.8%).
Mohd. Uzir Mahidin

 

“IP menunjukkan lonjakan ketara yang menggambarkan pemulihan ekonomi dalam masa terdekat dan menjangkakan prospek ekonomi yang lebih baik menjelang 2021. 

“Walau bagaimanapun, isyarat perlu ditafsir dengan berhati-hati kerana wabak masih kekal di Malaysia dan di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah Mohd. Uzir, Indeks Serentak (IS) yang mencerminkan keadaan ekonomi semasa, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih baik dengan mencatatkan negatif 2.4%berbanding negatif 3.1% yang dicatatkan pada Jun 2020. 

 

indeks pelopor

 

Trend IS secara beransur-ansur meningkat sejak Mei 2020. 

Sementara itu, perubahan bulanan IS meningkat 1.3% disokong terutamanya oleh Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (1.1%).

Dalam pada itu, Indeks Difusi yang mengukur peningkatan komponen IP dan IS berbanding enam bulan lalu menunjukkan trend meningkat pada Julai 2020. 

Indeks Difusi bagi IP meningkat kepada 57.1% manakala, Indeks Difusi bagi IS pada 16.7%. - DagangNews.com