Prospek Lotte Chemical Titan bagi 4QFY23 diunjur lemah, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Prospek Lotte Chemical Titan bagi 4QFY23 diunjur lemah, kata CGS-CIMB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Okt - CGS-CIMB Research menjangkakan Lotte Chemical Titan Holding Berhad berdepan prospek yang lemah bagi 4QFY23 terutama selepas harga nafta polimer dan monoetilena glikol (MEG) pada suku ketiga tahun ini merosot ke paras terendah.

 

Sebagai contoh, harga nafta polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) susut kepada paras terendah tahun ini iaitu AS$371 bagi setiap tan pada suku ketiga dan perkara sama berlaku ke atas nafta LDPE, nafta Polyethylene (PE) dan nafta MEG.

 

Katanya, Perundingan Analisis Pasaran Kimia (CMA) permintaan bagi eksport PE dan Polypropylene (PP) di Asia lemah kerana kebergantungan kepada permintaan dari Amerika Syarikat (AS)dan Eropah.

 

CMA juga menyatakan bahawa bekalan polimer adalah mencukupi dan ia menjadi penghalang kepada harga jualan polimer daripada meningkat dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

 

"Situasi rumit ini meletakkan pengeluar petrokimia berasaskan nafta seperti Lotte Chemical Titan menerima harga bahan mentah yang lebih tinggi, terutamanya dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat.

 

BACA JUGA: Rugi bersih Lotte Chemical Titan susut kepada RM56.16 juta pada 3QFY23

 

"Kami berpendapat Petronas Chemicals mungkin mencapai operasi komersial untuk loji Pengerangnya pada separuh pertama 2024 dan pengeluaran polimer serta MEG yang terhasil boleh meningkatkan persaingan dan menghakis harga domestik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, hasil dan kerugian bersih kumpulan berkurangan kepada RM5.79 bilion dan RM615.43 juta terutamanya disebabkan oleh margin keuntungan yang lemah, kos operasi yang lebih tinggi dan bahagian kerugian daripada syarikat bersekutu, Lotte Chemical USA Corporation, sebahagiannya diimbangi oleh pembalikan penurunan nilai inventori.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'kurang' dengan harga sasaran (TP) 94 sen berbanding RM1.13 sesaham.  - DagangNews.com