Prosperity Burger McDonald’s kembali untuk tahun ke-28 | DagangNews Skip to main content

Prosperity Burger McDonald’s kembali untuk tahun ke-28

Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia meraikan kehadiran semula Burger Prosperity untuk tahun ke-28.

 

 

KUALA LUMPUR 7 Dis - McDonald’s Malaysia mengalu-alukan semua rakyat Malaysia menikmati Prosperity Burger bersama orang tersayang, seiring menuju ke tahun baharu, bertemakan “Prosperity, Walau Apapun”.

 

Prosperity Burger yang berjangkau 28 tahun adalah burger warisan McDonald’s Malaysia, masih kekal teguh dan telah menjadi kemestian untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1994.

 

Rasa lada yang tersendiri bersama pilihan kepingan daging atau ayam ditambah dengan bawang segar dan ban berbijan yang klasik, ia telah menjadi kegemaran rakyat tempatan sejak sekian lama.

 

Sebagai satu daripada menu ciptaan tempatan dan telah menjadi legasi bagi Malaysia, Prosperity Burger terus menjadi kebanggaan McDonald’s Malaysia, dan dinikmati oleh rakyat Malaysia di seluruh negara pada setiap tahun.

 

Ia juga telah menjadi kegemaran dari kalangan peminatpeminatnya di Taiwan, Korea dan Hong Kong.

 

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, McDonald’s sentiasa teruja setiap kali Prosperity Burger kembali di hujung tahun dan di setiap tahun baharu.

 

''Pada tahun ini, kami ingin bertanya kepada semua, apakah makna sebenar kemakmuran? Bagi kami di McDonald’s, ia bukan tentang apa yang anda ada tetapi siapa yang berada bersama anda.

 

“Bagi ramai orang, kemakmuran adalah simbol satu harapan yang nyata. Seiring kita menuju ke keadaan normal dan bersedia menyambut tahun baharu, ini adalah masa yang sesuai untuk pelanggan meluangkan saat-saat terindah bersama orang tersayang sambil menikmati keenakan Prosperity Burger, yang telah menjadi kegemaran ramai sejak 28 tahun lalu,” tambah Melati.

 

Bagi memeriahkan lagi kehadiran semula Prosperity Burger pada tahun ini, McDonald’s Malaysia menganjurkan Pertandingan Imbas dan Menang Hadiah Prosperity dari 2 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.


 

prosperity
Set Prosperity Meal, menampilkan Prosperity Burger yang ikonik bersama kepingan daging ayam atau daging lembu, dinikmati bersama Twister Fries dan Prosperity McFizz.

 


Bagi setiap pembelian Prosperity Burger, pelanggan layak untuk menyertai pertandingan ini dengan mengimbas kod QR di kertas bungkusan Prosperity Burger mereka dan memenangi hadiah! Hadiah menarik percuma disediakan seperti Kon Sundae, Pai Epal, McChicken atau McCafé Iced Latte.

 

Lebih banyak Prosperity Burger yang anda beli, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi Hadiah Utama.  Hadiah utama yzng bakal dimenangi adalah satu (1) Proton X-70, tiga (3) televisyen Samsung 55”, tiga (3) Samsung Galaxy S21+, lima (5) penapis udara Dyson, lima (5) Samsung Galaxy Tab S7, lima (5) jam Garmin Venu S2, lima (5) pembesar suara bluetooth Bose Soundlink Micro.

 

Setiap set Prospertiy Burger berharga dari RM14.99 dan lebih sedap dinikmati bersama Twister Fries dan Prosperity McFizz yang menyegarkan. Burger edisi terhad ini boleh didapati di semua restoran McDonald’s seluruh negara. - DagangNews.com