Public Investment jangka pengambilalihan Ajiya bakal beri keuntungan besar kepada Chin Hin Group | DagangNews Skip to main content

Public Investment jangka pengambilalihan Ajiya bakal beri keuntungan besar kepada Chin Hin Group

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Mac - Public Investment Bank menjangkakan pengambilalihan Ajiya Berhad bakal memberi keuntungan besar kepada Chin Hin Group Berhad kerana syarikat berkenaan tidak mempunyai hutang dan mempunyai pegangan tunai yang sangat baik.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu juga boleh memanfaatkan rangkaian perniagaan Ajiya di luar negara seperti di Thailand, Filipina dan Singapura.

 

"Ajiya merupakan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan secara asasnya terlibat dalam bidang pembuatan dan membekalkan bahan binaan seperti produk berasaskan kaca, bumbung besi, pintu besi dan kerangka cermin.

 

"Jika dilihat kepada laporan kewangan terbaharu (setakat 30 November 2021), syarikat itu memiliki tunai sebanyak RM146.7 juta dan tiada sebarang pinjaman," katanya dalam satu nota kajian.

 

Minggu lalu, Chin Hin muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Ajiya selepas mengambil alih 24.68% kepentingan sukiti syarikat itu. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, transaksi itu juga menyaksikan Chin Hing mengambil alih 60.57 juta saham daripada pemegang saham terbesar yang juga pengarah Ajiya, Datuk Chan Wah Kiang selain 11.43 juta saham (3.92%) daripada Avia Capiral Sdn. Bhd. dengan nilai RM104.4 juta (RM1.45 sesaham).

 

BACA JUGA: Chin Hin muncul pemegang saham tunggal terbesar Ajiya

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' untuk saham Chin Hin dengan sasaran harga sebanyak RM2.12 berdasarkan kepada unjuran pendapatan FY23 namun kami masih menunggu penjelasan daripada pengurusan mengenai perancangan jangka panjang.

 

"Selain itu, prospek industri hartanah juga dilihat semakin positif dengan kebanyakan pemaju mula mencatatkan jualan yang memberangsangkan. - DagangNews.com