PublicInvest yakin dengan prospek MGB, jangka raih lebih banyak projek baharu | DagangNews Skip to main content

PublicInvest yakin dengan prospek MGB, jangka raih lebih banyak projek baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Julai - Public Investment Bank (PublicInvest) yakin dengan prospek MGB Berhad dan menjangkakan kumpulan itu meriah lebih banyak kemenangan projek daripada syarikat induknya, LBS Bina Group Berhad.

 

MGB merupakan syarikat pembinaan dengan pengkhususan dalam pembinaan rumah mampu milik dan terlibat dalam pembangunan hartanah.

 

"Melangkah ke separuh kedua 2023 (2HFY23), kami menjangkakan lebih banyak kemenangan pekerjaan daripada syarikat induk kumpulan serta pekerjaan luar dengan tumpuan kepada kediaman bertingkat," katanya dalam nota hari ini.

 

Firma itu berkata, LBS Bina mempunyai pelancaran bernilai RM2.1 bilion dalam perancangan untuk FY23.

 

Katanya, permintaan untuk rumah mampu milik kekal kukuh walaupun terdapat kebimbangan terhadap pasaran hartanah yang lemah kerana pembiaya akhir telah menyokong pemberian pinjaman kepada pembeli rumah mampu milik.

 

Penambahan pesanan MGB mencecah RM203.6 juta, membentuk 40.2% daripada unjuran penambahan pesanan semasa firma itu sebanyak RM500 juta.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu kini mempunyai kira-kira RM600 juta dalam buku tender pembinaan.

 

Selain itu, firma juga menyaksikan pembelian hartanah yang memuaskan dalam pelancarannya baru-baru ini seperti pembangunan poket Rumah Idaman dan Taman Molek dengan purata kadar pengambilan sebanyak 30%.

 

"Kami optimis dengan permintaan terhadap perumahan mampu milik walaupun pasaran hartanah mengalami kelembapan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran tidak berubah RM1.03 sesaham," katanya. - DagangNews.com