KUALA LUMPUR 6 Ogos - Malaysia menjadi destinasi persinggahan tiga tentera udara Eropah dalam misi penerbangan Pacific Skies 2024 apabila mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor.
Persinggahan 21 buah pelbagai pesawat tentera udara Perancis, Jerman dan Sepanyol buat julung-julung kalinya ini juga mendekatkan lagi kerjasama pertahanan yang terjalin.
Kehadiran aset-aset tersebut melibatkan 12 buah pesawat tempur merangkumi 9 Eurofighter Typhoon (5 Jerman dan 4 Sepanyol) dan 3 buah Dassault Rafale.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7400233014506179841.jpg?itok=4zQ5J1lx","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7400233014506179841?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Selain itu, 5 buah pesawat pengisian minyak di udara, Airbus A330 Multi-role Transport Tankers (MRTT) dan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M.
Pacific Skies 2024 merupakan eksesais udara global ketiga-tiga negara terlibat merentasi beberapa benua termasuk singgah di negara sahabat.
Kesemua 21 buah pesawat ini pula baru menjayakan Eksesais Pitch Black di Australia iaitu latihan udara terbesar di Pasifik melibatkan 20 negara termasuk Malaysia dengan 140 pelbagai pesawat.
Hanya Malaysia menjadi persinggahan pesawat tiga negara Eropah ini sebelum menyambung penerbangan ke India bagi terlibat dalam eksesais di sana.
Seterusnya kumpulan ini akan singgah di Emiriah Arab Bersatu dan meneruskan penerbangan pulang ke pangkalan masing-masing.
Pemilihan Malaysia sebagai destinasi persinggahan pesawat-pesawat tempur termoden di dunia ini juga menunjukkan keserasian bersama antara angkatan tentera udara.
Ia membuktikan kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga tentera udara dari Eropah dalam melaksanakan operasi bersama,
Kerjasama ini merupakan hasil daripada kepercayaan dan perkongsian matlamat dalam menjamin keselamatan serta kestabilan serantau.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan telah meraikan kehadiran rakan sejawatnya dari Jerman, Leftenan Jeneral Ingo Gerhartz dan delegasi Pacific Skies 2024.
Terdahulu, Panglima Tentera Udara telah menerbangkan pesawat Su-30MKM bagi melaksanakan ‘Photo Exercise’ atau PHOTEX bersama pesawat pejuang Rafale dan Typhoon sewaktu ketibaan di ruang udara negara.
Salah sebuah pesawat Eurofighter Typhoon dari Jerman diterbangkan Ingo Gerhartz.
Apa yang menarik, pesawat Eurofighter Typhoon dan Dassault Rafale pernah sama-sama bersaing untuk mendapatkan kontrak program pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) 10 tahun lalu.
Pesaing lain ialah pesawat Boeing F/A-18/F Super Hornet dan Saab JAS 39 Gripen.
Bagaimana pun, persaingan lebih sengit antara pesawat Eurofighter Typhoon dan Dassault Rafale yang jika menang ia menawarkan kontrak bernilai RM6 bilion.
Ini kerana program MRCA memerlukan antara 18 hingga 36 buah pesawat tempur yang merupakan kritikal bagi pemodenan TUDM.
Bagaimana pun, program MRCA ditangguhkan sehingga pada tahun 2035.
Sepanjang tempoh bersaing, Perancis tidak ketinggalan menghantar pesawat Dassault Rafale pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi sejak edisi 2011 hingga 2017.
Pada LIMA 2019 pula Dassault Rafale tidak dipamerkan setelah kerajaan Malaysia menangguhkan program MRCA, tetapi Dassault hadir dengan mempamerkan teknologi kokpit terbaharu pesawat tersebut.
Tahun lalu, pesawat Dassault Rafale tentera udara Perancis pernah berada di Malaysia lebih seminggu semasa menjayakan eksesais Mission Pegase 23 dengan TUDM.
Sebanyak 10 buah pesawat Rafale ini disertai 4 A400M Atlas dan 5 Airbus 330 MRTT yang mana Malaysia menjadi satu daripada 10 negara pilihan Perancis.
Secara amnya, Dassault Rafale merupakan pesawat tempur yang terbaik dalam kategorinya, malah telah dibuktikan keupayaan dalam situasi konflik bersenjata oleh India.
Di rantau ini, Indonesia menjadi pengguna Dassault Rafale yang akan diterima pada tahun 2026.
Mungkinkah Perancis melihat masih ada peluang untuk Dassault Rafale memikat kerajaan Malaysia? - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/tdV1GoasWo8.jpg?itok=MRz4jKu0","video_url":"https://youtu.be/tdV1GoasWo8","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}