RAMSSOL Group sepadukan fungsi video dan audio Zoom  | DagangNews Skip to main content

RAMSSOL Group sepadukan fungsi video dan audio Zoom 

 

 

KUALA LUMPUR 17 Jun - RAMSSOL Group Berhad (RAMSSOL), penyedia penyelesaian pengurusan sumber manusia digital yang inovatif di Asia Tenggara memeterai integrasi dalam aplikasi yang pertama seumpamanya di rantau ini dengan Zoom Video Communications, Inc. (Zoom), platform komunikasi bersepadu bagi syarikat yang merupakan peneraju dalam industri. 

 

Dengan pelaksanaannya, para pengguna Feet’s – platform penglibatan pekerja RAMSSOL, boleh mengadakan webinar Zoom yang tersendiri dan boleh disesuaikan atau boleh menyokong interaksi jarak jauh untuk acara hibrid yang melibatkan sehingga 500 peserta. 

 

Ia menemukan hadirin di lokasi dan di alam maya tanpa perlu keluar dari aplikasi mudah alih Feet’s atau membayar fi langganan tambahan bagi syarikat, di mana keupayaan penglibatan video Zoom ditawarkan sebagai sebahagian daripada ciri sedia ada app tersebut iaitu 'Connect' yang dibangunkan untuk 'kerjasama dan keraian dari mana-mana sahaja'.

 

Usaha sama ini menandakan pencapaian dalam fokus strategik RAMSSOL untuk menyepadukan pengalaman sumber manusia menerusi pendigitalan dan mewujudkan organisasi perusahaan termaju yang mampu bertahan pada masa akan datang. 

 

Selepas memenangi anugerah SME Terbaik dalam kategori Penyedia Penyelesaian Sumber Manusia pada Anugerah SEBA 2020 baru-baru ini,  Ketua Pegawai Eksekutif RAMSSOL, Cllement Tan menyatakan bahawa pada hari ini, transformasi rangka kerja tradisional pengurusan sumber manusia bermakna mengutamakan pengalaman pekerja dalam menentukan matlamat kecekapan perniagaan, produktiviti dan pengurusan pekerja.

 

Pada masa ini, katanya, di mana penglibatan video adalah sinonim dengan komunikasi di tempat kerja dan di rumah, integrasi ini mencerminkan gabungan cita-cita usaha sama ini dalam mewujudkan pengalaman tempat kerja secara maya dan hibrid yang lancar. 

 

"Bagi Feet’s khususnya, kolaborasi ini menguatkan lagi komitmen kami terhadap memperkasakan kepimpinan, ketua pasukan dan juga pengamal HR untuk mewujudkan tempat kerja yang terhubung, lebih menyenangkan dan produktif," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Program ISV Global, Zoom, Paul Magnaghi berkata, App Feet’s adalah contoh yang sangat baik untuk menunjukkan bagaimana teknologi bukan sahaja menghubungkan pengguna, tetapi juga memperbaiki hubungan. tersebut

 

"Kami di Zoom telah menyaksikan pertumbuhan yang begitu hebat dalam platform video kami dan kami percaya bahawa ekosistem kami akan membawa kemajuan yang lebih baik daripada yang diharapkan oleh pelanggan bersama kami

 

"Kami berasa teruja kerana RAMSSOL Group telah menyertai Program Usaha sama ISV Zoom," tambahnya.

 

Dilancarkan pada 2019, Feet’s mempunyai ciri eksklusif iaitu tinjauan Pulse yang menyediakan pengesanan masa nyata bagi tahap kepuasan, tekanan dan penglibatan pekerja pada peringkat makro, yang begitu kritikal ketika kesihatan mental, kesejahteraan, hubungan antara majikan dan pekerja serta sistem ganjaran dan penghargaan terpaksa mengguna pakai pendekatan bila-bila masa, di mana sahaja. 

 

RAMSSOL yang beribu pejabat di Malaysia, telah bertapak di negara-negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam. - DagangNews.com