Rebat segera RM100 untuk pembelian vivo menerusi Pelan Bayaran Ansuran 0% Standard Chartered | DagangNews Skip to main content

Rebat segera RM100 untuk pembelian vivo menerusi Pelan Bayaran Ansuran 0% Standard Chartered

KUALA LUMPUR 14 Mac - Syarikat teknologi terkemuka global, vivo bekerjasama dengan Standard Chartered Bank dan Pine Lab bagi menyediakan promosi rebat segera sehingga RM100 ketika membeli telefon pintar jenama itu menerusi Pelan Bayaran Ansuran 0%.

 

vivo dalam satu kenyataan berkata, hanya 100 pelanggan pertama layak untuk mendapatkan rebat sehingga RM100 sekiranya berbelanja minimum sebanyak RM1,500 dalam jangka masa promosi itu yang akan bermula dari 14 Mac hingaa 13 Jun 2022 di cawangan vivo terpilih.

 

"Sebagai tambahan, kerjasama itu membolehkan pengguna Mastercard Standard Chartered untuk menukar pembelian telefon pintar vivo  kepada pelan ansuran 12 bulan dan ke atas tanpa sebarang faedah," katanya.

 

Sejumlah 27 cawangan vivo di seluruh negara terlibat dalam promosi itu antaranya vivo Aeon Big Kepong, Wangsa Walk Mall, Setapak Central Mall, KL East Mall, Pavillion dan 1Utama.

 

Selain itu, vivo Plaza Alam Sentral, Rawang Walk, Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang; vivo Aman Central, Kedah; Biliion Mall, Perak; Taiping Sentral Mall, Perak; KSL, Johor dan vivo Emart Batu Kawa, Sarawak.

 

vivo merupakan syarikat teknologi global yang dipacu produk, dengan perniagaan terasnya memberi fokus pada peranti dan perkhidmatan pintar.

 

Selain itu, syarikat itu juga komited dalam menghubungkan pengguna di seluruh dunia menerusi reka bentuk telefon pintar yang menarik dan inovatif selain perkhidmatan yang menyepadukan teknologi dan pemikiran reka bentuk dengan cara yang kreatif.

 

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai vivo Malaysia atau promosi yang dijalankan, orang ramai boleh melayari laman Facebook rasmi vivo Malaysia. - DagangNews.com