Rekod baharu 3 hari berturut-turut, kes COVID-19 tertinggi 23,564 hari ini | DagangNews Skip to main content

Rekod baharu 3 hari berturut-turut, kes COVID-19 tertinggi 23,564 hari ini

kes COVID-19 tertinggi 23,564 hari ini

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pandemik COVID-19 mencatatkan rekod baharu selama tiga hari berturut-turut bermula 18 Ogos 2021 dengan jumlah kes baharu sebanyak 22,242.

 

Pada 19 Ogos pula, penularan terus meningkat kepada jumlah baharu iaitu 22,948 kes.

 

Bagaimanapun, Malaysia sekali lagi merekodkan jangkitan baharu yang tertinggi sebanyak 23,564 kes hari ini.

 

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 6,974.

 

;

 

Jumlah tersebut diikuti Sabah dan Sarawak dengan jumlah masing-masing sebanyak 2,738 dan 2,548 kes.

 

Enam buah negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes melebihi 1,000 iaitu Kedah (1,931), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523), Johor (1,323) Kelantan (1,281) dan Perak (1,248).

 

Sementara itu, Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (1). 

 

Peningkatan tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di Malaysia melonjak kepada 1,513,024 kes. - DagangNews.com