Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Kolumnis DagangNews.com
HARI ini bermula rentas negeri di seluruh negara setelah 90% vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa. Ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh warga Malaysia terutama untuk pulang ke kampung. Walaupun 90% dewasa hanya 65% keseluruhan penduduk.
Kebenaran merentas negeri dan ke luar negara memanglah menggembirakan semua orang. Kerajaan menunaikan janji pelaksanaannya dengan bilangan kes COVID-19 yang semakin menurun dengan 7,373 yang dicatatkan pada Ahad.
Tiada lagi sekatan polis dan tiada keperluan untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk bergerak. Juga tiada lagi keperluan untuk mendapat kebenaran COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi mereka dalam bidang bisnes yang diperlukan.
Orang ramai masih terikat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari segi pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air dari luar negara.
Peranan pihak polis diharapkan dengan kebenaran untuk terus membuat semakan MySejahtera secara mengejut. Pemeriksaan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa di premis-premis. Apalagi di tempat yang disyaki berlaku perhimpunan ramai.
Setelah lebih setahun pandemik melanda, ramai berpendapat budaya bekerja dari rumah (BDR) harus diteruskan. Biarpun vaksinasi mencapai imuniti berkelompok kerana amalan BDR memberikan banyak manfaat kepada pengguna.
KERJA DI RUMAH KURANGKAN KEMATIAN ACCIDENT JALAN RAYA
Selain menjimatkan kos dan masa budaya BDR dapat mengurangkan kematian jalan raya kerana kematian jalan raya lebih berkait rapat dengan penambahan kerja berbanding pemanduan berbahaya.
Penyelidikan mendapati kemalangan mengakibatkan kematian jalan raya sewaktu ekonomi berkembang tidak hanya berpunca daripada peningkatan tingkah laku berisiko. Bukan hanya memandu mabuk dan cuai, namun berkait secara langsung dengan kerja.
Kemalangan jalan raya mengakibatkan menjadi orang kurang upaya (OKU) dimana hampir separuh daripada 600,000 yang berdaftar sebagai OKU terdiri daripada individu yang mengalami kecacatan selepas terbabit dengan nahas jalan raya.
Kebanyakan individu dilahirkan sempurna namun terlantar dan koma selepas terbabit nahas jalan raya.
Daripada 600,000 OKU di negara ini, 40% daripadanya menjadi OKU kesan terbabit dengan nahas jalan raya, sedangkan sebelum ini mereka boleh bekerja dan belajar seperti biasa.
Kejadian seumpama sememangnya pengajaran yang besar buat yang menanggung. Bukan saja mangsa tidak lagi produktif, malah OKU memberi kesan ekonomi dan sosial, termasuk kepada keluarga terutamanya yang perlu menjaga mangsa 24 jam sehari.
Kemalangan jalan raya dapat dielakkan dengan pemanduan yang cermat dan berhemah. Pihak bertanggungjawab seperti Kerajaan, badan kesatuan pekerja dan majikan boleh melaksanakan strategi berkesan dan berhasil. Umpamanya BDR dalam usaha meningkatkan keselamatan ke tempat kerja dan lalu lintas dengan lebih berkesan.
Kajian terhadap sesuatu angka kemalangan adalah sebahagian isu besar yang mesti ditangani. Kebanyakan kajian kemalangan jalan raya hanya mengambil kira faktor memandu mabuk. Langsung tidak bertanyakan mangsa sama ada kemalangan itu berlaku ketika mereka ke tempat kerja atau memandu atas urusan kerja.
Lebih banyak kajian dalam usaha mendapatkan lebih banyak data mengenai usaha dengan lebih banyak kajian mengenai isu berkenaan dilakukan. Angka kematian jalan raya di Malaysia memang sudah sedia tinggi.
KEMALANGAN SUSUT 24.9% PADA 2020
Kita melihat data Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengenai statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2020, ia memperlihatkan penurunan sebanyak 24.9% berbanding 2019.
Dari data PDRM, tahun lalu mencatatkan sebanyak 4,634 kematian akibat kemalangan jalan raya, berbanding 6,167 kematian pada tahun sebelumnya. Kita tidak tahu berapa OKU dari data ini.
Penurunan sebanyak 1,533 kematian, walaupun perlu juga ditekankan seluruh negara sepanjang tahun lalu dan kekal ketika ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini mengehadkan pergerakan orang ramai di atas jalan raya.
Kematian membabitkan penunggang motosikal menjadi majoriti dengan 3,118 kes. Penumpang kereta dengan 888 kematian. Pejalan kaki mencatatkan 266 kematian; lori dengan 135 kematian.
Lain-lain kenderaan dengan 108 kematian dan basikal dengan 107 kematian. Bagi kenderaan 4WD, van dan bas, data menunjukkan masing-masing melibatkan 82, 55 dan 27 kematian.
MAUT DI JALAN RAYA TETAP TINGGI
Jumlah kemalangan maut, yang menurut kepada 4,434 kes berbanding 6,167 kes pada 2019. MIROS menyatakan, daripada jumlah kematian tahun 2020 berada di bawah angka awal yang dijangkakan 5,358 kematian.
Jumlah kes yang melibatkan kecederaan pula, berlaku peningkatan sebanyak 2,192 kes atau 14.6%. Dari jumlah 15,044 kes pada 2019 kepada 17,236 kes pada 2020.
Daripada jumlah keseluruhan itu, 9,762 kes melibatkan kecederaan ringan yang naik agak tinggi dari 5,855 kes pada 2019. Bagaimanapun, kes melibatkan kecederaan parah menurun daripada 3,022 kes pada 2019 kepada 2,840 kes tahun lalu.
Tidak pasti berapa OKU daripada 9,762 kes dan pastinya ramai bilangan yang terbabit. Dengan lebih 40% daripada 600,000 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebsjikan Masyarakat (JKM) agak malang orang yang sempurna.
Oleh itu elakkan nahas dan kemalangan jalan raya kalau tidak mahu menjadi OKU. Namun begitu rezeki yang Tuhan telah berikan daripada maut di jalan raya. - DagangNews.com