RHB Investment unjur pendapatan teras suku kedua Sunway Construction meningkat kepada RM30 hingga RM40 juta | DagangNews Skip to main content

RHB Investment unjur pendapatan teras suku kedua Sunway Construction meningkat kepada RM30 hingga RM40 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Ogos - RHB investment mengunjurkan pendapatan teras suku kedua 2023 Sunway Construction Group Berhad meningkat kepada antara RM30 hingga RM40 juta berbanding RM26 juta pada suku pertama.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan itu akan didorong peningkatan kemajuan dalam projek-projek yang berada di peringkat awal pada suku pertama.

 

"Potensi penglibatan kumpulan itu dalam loji janakuasa Song Hau 2 di Vietnam serta permintaan pusat data yang kukuh di Malaysia mungkin mengurangkan sebarang risiko penurunan daripada sektor pembinaan tempatan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Projek loji janakuasa Song Hau 2 di Vietnam bernilai RM6 bilion sedang menunggu penutupan kewangan yang kemungkinan pada September atau Oktober, yang boleh meningkatkan pendapatan FY24-25F sebanyak 30% hingga 35%.

 

"Walaupun terdapat beberapa kelewatan dalam pengeluaran notis kedua dan ketiga, projek itu masih berada di landasan yang baik untuk disiapkan menjelang akhir 2024, kerana kerja-kerja projek meningkat lebih pada suku kedua," kata firma penyelidikan itu.

 

Katanya, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) mungkin membawa peluang selanjutnya dalam bentuk pekerjaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) suntuk loji tenaga solar, kerana zon tenaga boleh diperbaharui (RE) telah diperuntukkan sebagai salah satu daripada sepuluh projek pemangkin utama.

 

Sepuluh projek pemangkin utama NETR seharusnya menjana jumlah pelaburan yang diunjurkan sebanyak RM25 bilion.

 

Projek kumpulan yang berkaitan dengan segmen RE membentuk 7% (RM420 juta) daripada jumlah buku pesanannya (melalui lima kontrak).

 

"Tugas untuk membina loji kuasa solar 50MW di Perak untuk Gopeng Berhad mempunyai buku pesanan tertunggak terbesar sebanyak RM166 juta pada akhir suku pertama.

 

"Firma itu mengekalkan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM2.08 sesaham," katanya. - DagangNews.com