RHB lantik Ahmad Badri sebagai Pengerusi | DagangNews Skip to main content

RHB lantik Ahmad Badri sebagai Pengerusi

 

 


KUALA LUMPUR 24 Mac - RHB Banking Group mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohamad Zahir sebagai Pengerusi berkuat kuasa hari ini. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, RHB berkata, beliau sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi RHB Bank pada 16 November 2020. 

 

Beliau merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebelum ini berada di dalam Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Permodalan Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

 

Ahmad Badri pernah bertugas di pelbagai kapasiti dalam Kementerian Kewangan selama hampir 30 tahun, dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan. 

 

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, Ahmad Badri akan membawa perspektif baharu dan pengetahuannya sekali gus dapat membantu pertumbuhan kumpulan.

 

Beliau menggantikan Tan Sri Azlan Zainol, yang bersara baru-baru ini sebagai Pengerusi Kumpulan selepas menyertai RHB sejak 2005. - DagangNews.com