RichWorks bawa usahawan Malaysia ke ibu pejabat Coca-Cola di Atlanta, dedah perjalanan jenama selama 136 tahun  | DagangNews Skip to main content

RichWorks bawa usahawan Malaysia ke ibu pejabat Coca-Cola di Atlanta, dedah perjalanan jenama selama 136 tahun 

ATLANTA 12 Dis - Seramai 41 usahawan jutawan bimbingan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) didedahkan dengan perjalanan jenama global berusia lebih 136 tahun. 

 

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, usahawan tersebut diberikan kefahaman dan kesedaran bagaimana sesebuah jenama perniagaan mampu berkembang hingga ke tahap sebegitu. 

 

Katanya, mereka berpeluang ke Ibu Pejabat Coca-Cola di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) termasuk sesi soal jawab dengan wakil syarikat itu melalui kerjasama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). 

 

“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman memilih Atlanta sebagai lokasi Inner Circle Meeting (ICM) Premier kali ini yang mana telah melahirkan banyak jenama besar dunia. 

 

“Kami bawa pengasas-pengasas jenama tempatan antaranya Rizal Ruzaini (RR), Sabella, Hasnuri, Eskayvie, Mutyara, IDW Design, Muiz Hot Chicken dan GTR Burger agar dapat membuka mata dengan idea baharu di samping mengintai peluang kerjasama dengan syarikat-syarikat di sini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

 

Pada kali ini, ICM Titanium Premier dijalankan di Atlanta dari 7 hingga 10 Disember 2022 merupakan salah satu aktiviti pementoran yang diadakan 3 kali setahun. 

 

 

richworks
Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Pengarah Kanan Coca-Cola, Jonathan Rief (tengah) bersama para usahawan Malaysia di Metro Atlanta Chamber, Amerika Syarikat

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

Titanium Premier merupakan anak didik rapat Dr Azizan daripada pelbagai industri dengan jualan lebih RM100 juta hingga minimum RM1 juta setahun. 

 

Tambah Radz, beliau mewakili RichWorks merakamkan penghargaan kepada pihak MIDA dan Pengarah Kanan, Ekonomi & Polisi Fiskal Coca Cola yang menerima kehadiran kami dan usahawan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara. 

 

"Peluang ini sangat bermakna dalam menyediakan bangsa usahawan ke arah pemikiran global. 

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

"Tiada yang mustahil untuk ke global, bisnes semuanya bermula dengan kecil dan kemudian berkembang, berdepan cabaran dan naik ke tahap seterusnya hingga berjaya, Insya-Allah," jelasnya. 

 

Radz memberitahu, pihaknya juga ke Metro Atlanta Chamber dan bertemu Naib Presiden Perdagangan Globalnya, John Woodward yang mana organisasi itu mewakili bisnes, kolej dan universiti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Atlanta dengan misi sebagai pemangkin bagi kemajuan di sana. - DagangNews.com