Ringgit cecah RM4.15 berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit cecah RM4.15 berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Ringgit memulakan dagangan rendah pagi ini ekoran dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh. 

 

Mata wang tempatan itu dibuka pada RM4.1500/1560 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutupan semalam, RM4.1490/1530.

 

AmBank Research berkata, dolar AS pada Selasa mencecah paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan meningkat 0.38% kepada 93.297.

 

Katanya, ini disokong oleh data ekonomi yang kukuh dan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara itu akan berkembang.

 

Firma itu menjangkakan ringgit akan diniagakan hari ini pada paras sokongan antara RM4.1276 dan RM4.1379 manakala paras rintangan ditambat pada RM4.1601 dan RM4.1702. - DagangNews.com