Ringgit dibuka rendah, tetapi kekal di paras RM4.10 | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka rendah, tetapi kekal di paras RM4.10

 

 

KUALA LUMPUR 27 April - Ringgit pagi ini dibuka rendah sedikit pada RM4.1000/1040 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada penutupan semalam, pada RM4.0960/1000.

 

HLIB Research berkata, dolar AS/ringgit dijangka stabil hari ini terutama menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) minggu ini. 

 

Katanya, semalam ringgit melepasi paras sokongan RM4.10 apabila ia mengukuh menjejaki mata wang Asia yang lain.

 

"Tetapi, kami berpendapat, ia akan sedikit mengukuh dan paras sokongan kini pada RM4.07 dalam tempoh sederhana," katanya dalam nota kajian.  

 

Ringgit semalam terus meningkat berikutan kemerosotan dolar AS dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi AS yang tidak menentu dan pada masa sama ringgit mendapat sokongan daripada terbitan sukuk kelestarian Malaysia dalam dolar AS yang pertama di dunia pada 22 April.

 

Dilaporkan mesyuarat 2 hari FOMC yang akan berakhir Rabu, tidak menjangkakan sebarang perubahan dasar, sebaliknya pelabur menantikan kenyataan daripada pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell. - DagangNews.com