Ringgit dibuka tinggi pagi ini | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka tinggi pagi ini

 

 

KUALA LUMPUR 30 April - Ringgit pagi ini dibuka pada RM4.0980/1030 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih tinggi daripada penutupan Rabu, RM4.1000/1050. 

 

Semalam, pasaran ditutup sempena cuti umum Nuzul Al-Quran. 

 

HLIB Research menjangkakan dagangan ringgit lebih stabil hari ini setelah dolar AS diniagakan mendatar pada Khamis.

 

Katanya, permintaan daripada risiko sentimen pasaran akan diimbangi dengan kekuatan dolar AS semalaman dan juga kelemahan biasa menjelang hujung minggu. 

 

"Hasil perbendaharaan AS berada di bawah tekanan dan dolar AS diniagakan kukuh ketika sentimen risiko meningkat," katanya dalam nota kajian hari ini. - DagangNews.com