Ringgit kembali diniagakan tinggi hari ini | DagangNews Skip to main content

Ringgit kembali diniagakan tinggi hari ini

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Ringgit pagi ini diniagakan tinggi pada RM4.0680/0720 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

 

Semalam, mata wang tempatan itu ditutup rendah untuk hari kedua pada RM4.0760/0800 berikutan kekurangan pembelian akibat lonjakan semula kes COVID-19.

 

AmBank Research menjangkakan ringgit diniagakan pada paras sokongan antara RM4.0670 dan RM4.0732 manakala paras rintangan antara RM4.0842 dan RM4.0889. 

 

Dolar AS menyusut 0.75% kepada 91.178 kepada paras terendah dalam tempoh lebih 2 tahun. 

 

"Penurunan ini disebabkan risiko yang meningkat terhadap prospek pengumuman pakej rangsangan fiskal ekoran perbincangan antara Setiausaha Perbendaharaan Mnuchin dan Wakil Speaker Pelosi yang disambung semula dan juga jangkaan pemulihan ekonomi yang kukuh," katanya dalam nota kajian hari ini. 

 

Harga minyak pula ditutup rendah bagi hari kedua dengan Brent jatuh 0.36% kepada AS$47.42 setong manakala West Texas Intermediate susut 1.74% kepada As$44.55 setong. 

 

"Pelabur masih lagi menunggu hala tuju OPEC+ selepas menangguhkan mesyuarat rasmi bagi mencapai kata putus sama ada mahu meningkatkan pengeluaran atau tidak pada Januari ini," katanya. - DagangNews.com