Ringgit terus merosot berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit terus merosot berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ringgit terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dibuka pada RM4.1460/1510. 

 

Mata wang tempatan itu semalam ditutup pada RM4.1440/1490 berbanding dolar AS daripada RM4.1290/1320 yang dicatatkan Rabu. 

 

HLIB Research berkata, ringgit akan terus melemah dalam dagangan hari ini dijangka berlegar sekitar RM4.15 sebelum mencecah RM4.1650.

 

"Kami masih mengekalkan pandangan neutral dan lemah bagi ringgit/dolar AS memandangkan kekuatan mata wang utama itu masih berterusan," katanya dalam nota kajian. 

 

Menurutnya, indeks dolar AS mencecah paras setinggi 92.92 berbanding penutupan sebelum itu, 92.53.

 

Hasil perbendaharaan AS jatuh dalam tempoh singkat tetapi tetapi lebih tinggi di tengah-tengah data pengangguran yang lebih positif. 

 

Presiden AS, Joe Biden kini menyasarkan untuk mengagihkan 200 juta vaksin COVID-19 menjelang akhir April, meningkat 2 kali ganda berbanding sasaran sebelum ini. - DagangNews.com