Rizab antarabangsa BNM capai RM488.35 bilion pada 15 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM capai RM488.35 bilion pada 15 Disember 2022

KUALA LUMPUR 22 Dis - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencapai AS$110.3 bilion (RM488.35 bilion) menjelang 15 Disember 2022 berbanding AS$109.7 bilion (RM485.70 bilion) yang dicatatkan pada 30 November 2022. 

 

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.3 bulan import barangan serta perkhidmatan dan 1.1 kali daripada jumlah hutang luar negera jangka pendek. 

 

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.5 bilion(RM436.11 bilion)), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion (RM5.76 bilion)), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5bilion (RM24.35 bilion)), emas (AS$2.1 bilion (RM9.3 bilion)) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion (RM12.84 bilion)).

 

Aset-aset itu merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab lain yang terdiri daripada SDR (RM511.77 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman serta pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM67.66 bilion).

 

Katanya lagi, modal dan liabiliti yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.89 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.27 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.15 bilion), lain-lain deposit (RM35.98 bilion), kertas Bank Negara (RM6.51 bilion), peruntukan SDR (RM28.70bilion) dan liabiliti lain (RM5.05 bilion). - DagangNews.com