Rizab BNM meningkat AS$105 bilion pada 30 Sept. | DagangNews Skip to main content

Rizab BNM meningkat AS$105 bilion pada 30 Sept.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$105.0 bilion (RM436.01 bilion) pada 30 September 2020 meningkat 0.19% berbanding AS$104.8 bilion (RM435.18 bilion) pada 15 September 2020.  

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. 

Ia memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bagi komponen rizab antarabangsa ini, rizab mata wang asing meningkat kepada AS$97.8 bilion (RM406.11 bilion) berbanding AS$96.3 bilion (RM399.89 bilion) sebelum ini. 

Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa kekal tidak berubah pada AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion). 

Hak pengeluaran khas dan emas pula meningkat kepada AS$1.2 bilion (RM4.98 bilion) dan AS$2.3 bilion (RM9.55 bilion) manakala rizab aset lain menyusut AS$2.4 bilion (RM9.97 bilion). 

Keseluruhan aset bank pusat adalah berjumlah RM488.88 bilion berbanding RM502.21 bilion pada 15 September 2020. - Dagangnews.com