RM262.5 juta kredit e-tunai 'Program e-Belia' ditebus | DagangNews Skip to main content

RM262.5 juta kredit e-tunai 'Program e-Belia' ditebus

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Jun - Lebih 1.75 juta belia berjaya menebus kredit e-tunai melalui Program e-Belia dengan nilai keseluruhan sebanyak RM262.5 juta sejak mula dilancarkan pada awal Jun baru-baru ini. setakat 8 Jun 2021.

 

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, jumlah yang dicatatkan itu adalah bagi tempoh hingga 8 Jun 2021.

 

"Seramai lebih 1.75 juta belia telah berjaya menebus kredit e-tunai eBelia bernilai RM262.5 juta setakat pagi ini, sejak ia dilancarkan pada 1 Jun lepas.

 

"Program eBelia adalah sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 dan ditambah baik di bawah Pakej Bantuan #PEMERKASA dengan peruntukan sejumlah RM300 juta untuk menyalurkan RM150 kepada dua juta belia berumur 18-20 tahun serta pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang berdaftar.

 

.

 

 

"Dengan kerjasama empat penyedia perkidmatan e-dompet rasmi iaitu BigPay, Boost, ShopeePay & Touch ‘n’ Go eWallet, penyedia perkhidmatan rasmi ini akan memberikan faedah tambahan untuk menggandakan nilai tebusan," jelas KSM dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

 

Program berkenaan ditambah baik dalam pengumuman Pemerkasa Plus oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah matlamat ketiga iaitu menyokong kelangsungan perniagaan. - DagangNews.com