RM72.8 juta untuk lebih 80,000 OKU tidak mampu bekerja | DagangNews Skip to main content

RM72.8 juta untuk lebih 80,000 OKU tidak mampu bekerja

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM72.8 juta kepada 81,934 warga orang kurang upaya (OKU) yang tidak mampu bekerja setakat 22 April lalu. 

 

Dalam masa sama, sejumlah RM250.3 juta disalurkan kepada 167,666 warga daripada kategori warga emas serta penjaga OKU dan pesakit kronik, bagi tempoh berkenaan, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 

Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZ ketika menyampaikan laporan Laksana Ke-52 secara maya hari ini.

 

“Sebanyak RM122.5 juta sebagai elaun kepada 91,456 pekerja OKU dan sejumlah RM76.6 juta kepada 63,259 kanak-kanak keluarga miskin,” katanya dalam Laporan Laksana Ke-52 hari ni. 

 

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan bulanan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar, Kadar Elaun Pekerja OKU serta Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion.

 

Peruntukan itu merupakan tambahan sebanyak RM700 juta berbanding Belanjawan 2020 dan memanfaatkan lebih daripada 400,000 penerima. - DagangNews.com