Saham Alpha IVF dibuka tidak berubah 32 sen pada penampilan sulung di Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

Saham Alpha IVF dibuka tidak berubah 32 sen pada penampilan sulung di Pasaran ACE

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 22 Mac - Syarikat penjagaan kesuburan Alpha IVF Group Bhd dibuka tidak berubah pada 32 sen pada penampilan sulungnya di Pasaran ACE hari ini, dengan volum pembukaan 12.99 juta saham.

 

Pada 32 sen sesaham, kumpulan itu dinilai pada kira-kira 21.92 kali nisbah harga perolehan, berdasarkan keuntungan bersih RM54.79 juta dan pendapatan asas sesaham 1.46 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2023 (FY2023). seperti yang dinyatakan dalam prospektusnya.

 

Permodalan pasarannya berjumlah RM1.56 bilion, berdasarkan modal saham 4.86 bilion saham.

 

Syarikat itu, dengan IPO terbesar di Pasaran ACE setakat ini, menyaksikan lebihan langganan sebanyak 1.73 kali sebelum penyenaraiannya.

 

 

Ivf

 

 

Alpha IVF menyasarkan untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 60% daripada keuntungan bersih tahunannya sebagai dividen.

 

Bagi enam bulan terkumpul berakhir 30 Nov 2023 (6MFY2024), syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih RM25.34 juta, dengan hasil RM80.14 juta.

 

AmInvestment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja, peneraju buku dan penaja jamin tunggal untuk IPO. - DagangNews.com