SALAM MAAL HIJRAH 1443 KEPADA PEMBACA DAGANGNEWS.COM | DagangNews Skip to main content

SALAM MAAL HIJRAH 1443 KEPADA PEMBACA DAGANGNEWS.COM

SHAH ALAM 9 Ogos - Umat Islam menyambut tahun baru di dalam kalendar Islam 1 Muharam 1443 bersamaan 10 Ogos 2021 dalam keadaan penuh cabaran dan kesabaran berdepan dengan pandemik COVID-19.

 

Tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan yang sudah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara akan menyaksikan kelonggaran lebih besar untuk bergerak juga mulai esok.

 

Namun, seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, penduduk di negeri berkenaan dinasihatkan terus mengamalkan SOP seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan elakkan kawasan yang sesak.

 

Ini kerana kelonggaran tersebut bagi membolehkan sektor ekonomi berjalan dan bukan bermakna pandemik COVID-19 sudah dapat dikawal sama sekali.

 

Sidang Editorial tidak akan beroperasi esok sempena Maal Hijrah dan akan kembali pada Rabu, 2 Muharam 1443 atau 11 Ogos 2021.

 

Sidang Editorial DagangNews.com mendoakan semua pembaca setia khususnya, serta rakyat Malaysia amnya berada dalam keadaan sihat walafiat, jaga keselamatan diri dan terus beramal soleh sempena pertukaran tahun ini. - DagangNews.com