Saman fitnah Tan Sri Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang kekal dibicara di mahkamah selepas usaha damai gagal | DagangNews Skip to main content

Saman fitnah Tan Sri Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang kekal dibicara di mahkamah selepas usaha damai gagal

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Tan Sri Tan Kok Ping berbual di satu majlis. - Gambar FocusM

GEORGE TOWN 20 Mei — Presiden kehormat seumur hidup Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Tan Sri Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan dibicarakan pada Ogos selepas pengantaraan yang diarahkan mahkamah antara kedua-dua pihak gagal hari ini.

 

Tan, yang diwakili peguam Kek Boon Wei, memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa perbicaraan itu akan berlangsung selama tiga hari dari 26 hingga 28 Ogos.

 

"Pengantaraan tidak berjaya jadi saman ini akan dibawa ke perbicaraan seperti yang ditetapkan," katanya.

 

 

Beliau berkata Chow enggan memenuhi tuntutan Kok Ping supaya mengeluarkan permohonan maaf kepadanya di akhbar.

 

"Dia tidak sanggup berbuat demikian (menyiarkan permohonan maaf di akhbar), jadi ini memaksa kami untuk pergi ke mahkamah," katanya.

 

Tambahnya, dia sanggup ke mahkamah kerana percaya kebenaran akan terdedah di mahkamah.

 

Tan telah memfailkan saman terhadap Chow berhubung kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Cina Disember lalu mengenai peletakan jawatan Tan sebagai pemegang amanah Rumah Jubli Perak.

 

Chow, yang diwakili peguam Cheah Eng Soon, tidak bercakap kepada media selepas sesi pengantaraan. - DagangNews.com