Sammy Tse letak jawatan CEO Scomi | DagangNews Skip to main content

Sammy Tse letak jawatan CEO Scomi

Scomi Group

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 30 April - Syarikat penyedia perkhidmatan industri minyak & gas, Scomi Group Berhad mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang dipegang Sammy Tse Kwok Fai.

 

Scomi dalam makluman di Bursa Malaysia memberitahu, perletakan jawatan yang dikemukakan oleh Tse itu berkuat kuasa pada 30 Jun 2021.

 

Sehubungan itu, syarikat berkenaan mengambil langkah pantas dengan menyerahkan tanggungjawab CEO kepada jawatankuasa eksekutif (exco) buat sementara waktu.

 

Exco berkenaan akan menjalankan peranan penuh CEO kepada syarikat dan anak syarikat lain.

 

"Exco tersebut terdiri daripada tiga ahli lembaga pengarah iaitu Tunku Azlan Tunku Aziz, Datuk Wan Shaharuddin Wan Mahmood dan Shah Hakim Zain.

 

"Pada masa sama, kami akan memulakan proses penilaian calon yang sesuai untuk dilantik sebagai CEO," jelas Scomi.

 

Tse dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pada 24 Julai 2018 sebelum dilantik sebagai CEO pada 2 Ogos tahun yang sama.

 

Ahli lembaga pengarah syarikat turut memberi penghargaan kepada Tse atas sumbangan perkhidmatan kepada syarikat berkenaan khususnya ketika mendepani cabaran wabak COVID-19 dan kekangan kewangan syarikat. - DagangNews.com