KUALA LUMPUR 27 Okt – Sektor pembinaan kini kelihatan berada pada titik infleksi (titik lengkok balas) positif, dibantu oleh beberapa faktor termasuk terbukti keupayaan memenangi kontrak di luar Malaysia sambil turut menumpukan sumber yang besar untuk menambah baik keperluan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus).
Ketua Penyelidikan Ekuiti Serantau Maybank IB, Anand Pathmakanthan berkata, peluang di dalam negara juga berkembang seperti penerusan semula projek MRT3 bernilai RM50 bilion.
“Pasca pilihan raya umum (PRU15) mungkin merangkumi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bernilai RM70 bilion juga dihidupkan semula, yang mana ia akan memangkin pembangunan hartanah campuran Bandar Malaysia.
Satu lagi projek ialah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM32 bilion dan banyak lagi.
“Selain itu, penstrukturan semula lebuh raya selepas Gamuda/Litrak akan diteruskan termasuk potensi melibatkan IJM dan Prolintas,” kata Anand dalam nota penyelidikan terbaharu.
Keadaan ini, kata beliau, berbeza daripada setahun lalu, apabila sesiapa mahu melibatkan diri dalam sektor pembinaan, orang akan menyindir "pembinaan sangat 90-an, la!".
Katanya, sebagai digariskan oleh kekurangan projek utama baharu dalam Bajet 2023, terdapat merupakan kemerosotan berterusan projek infrastruktur yang besar dan bermargin tinggi.
Menurutnya, lebihan bekalan dalam pasaran hartanah yang luas dan peningkatan ESG (umumnya impak langsung alam sekitar dan sosial pembinaan semula punitif) juga telah menyumbang kepada sikap tidak peduli pelabur ketika itu.
“Kini pegangan saham asing untuk Gamuda dan IJM purata 40% pada 2013, berbanding hanya 12-13% pada Ogos 2022,” kata beliau.
Dalam konteks ini, Maybank IB mengeluarkan saranan `Beli’ terhadap kedua-dua syarikat gergasi pembinaan tersebut iaitu Gamuda dan IJM.
Gamuda katanya, memiliki buku pesanan E&C yang cemerlang iaitu RM14 bilion (24% domestik, 76% di luar negara) pada akhir Julai 2022.
Pra-jualan hartanah FY22 juga mencatat rekod baharu RM4 bilion (+38% YoY; 51% dalam negeri, 49% di luar negara).
“Bagi FY23, sasaran dalaman adalah lebih tinggi dengan penambahan buku pesanan RM16 bilion dan prajualan hartanah RM4.5 bilion, seiring dengan pelancaran “Rancangan Hijau Gamuda 2025” pada 2021.
Sementara IJM baru-baru ini mencatat peningkatan pesanan pembinaan tertunggak sebanyak 16% kepada RM4.6 bilion, memberikan keterlihatan melangkaui FY24.
“Penggearan bersihnya kini <30% manakala aset konsesi (pelabuhan, lebuh raya) menunjukkan pemulihan yang kuat,” kata Maybank IB. – DagangNews.com