SHAH ALAM 20 Sept - Bersempena ulang tahun yang kedua syarikat wangian serbaguna Bliese, kumpulan Bunkface bekerjasama dengan Bliese (M) Sdn Bhd bagi menghasilkan sebuah lagu yang berjudul ‘Sentiasa Bersamamu’.
Vokalis Bunkface, Sam berkata, kerjasama ini merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana ia adalah satu peluang untuk memartabatkan produk lokal Malaysia.
''Di samping itu, kami amat selesa bekerjasama dengan Bliese di mana kami merasakan ada keserasian dalam kolaborasi muzik video ini,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bliese di sini hari ini.
Karya yang dihasilkan sepenuhnya oleh Bunkface khas untuk usahawan Bliese itu berkisarkan tentang perjalanan lebih 9,000 usahawan yang selama ini bertungkus-lumus mempromosikan produk Bliese sebagai sumber pendapatan mereka.
Lagu `Sentiasa Bersamamu' ini telah dihasilkan sekitar awal tahun 2021 dan telahpun menjalankan penggambaran muzik video pada bulan Mac 2021 iaitu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Bliese dan Bunkface juga telah merancang untuk menjalankan kerjasama yang seterusnya demi membantu para usahawan serta memartabatkan produk lokal ke persada antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, Bliese yang merupakan syarikat pengeluar wangian tempatan yang mengeluarkan pelbagai variasi
wangian serbaguna untuk rumah, kenderaan dan wangian diri sangat optimis untuk penyasarkan pendapatan RM30 juta tahun hadapan iaitu pada tahun ketiga penubuhannya.
Beliau berkata, Bliese kini dalam perancangan bagi membangunkan kilang pembuatan produk wangiannya sendiri menjelang tahun depan dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang semakin bertambah.
Menurutnya, Bliese bakal mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi menembusi pasaran global
antaranya Amerika Syarikat dan Perancis.
“Pelan mengeksport ke dua buah negara itu dijadualkan pada tahun ini tetapi kerana kekangan disebabkan pandemik COVID-19, ia terpaksa ditangguhkan sementara waktu,” kata beliau.
Bersempena ulang tahun yang kedua ini, Bliese telah mengeluarkan produk penyegar udara Bliesematic edisi terhad yang diberi nama Sweet Mariposa.
Haruman anti-bakteria yang mengandungi campuran haruman daripada buah pic, epal, oren, bunga jasmine dan bunga ros ini telah terjual di Ibu Pejabat Bliese sebanyak 20,000 unit dalam masa hanya 50 minit sahaja.
Selain Sweet Mariposa, produk Bliesematic ini juga mempunyai 4 lagi haruman yang menjadi kegemaran orang ramai iaitu Cherry Blossom, Fairy Breezy, Vanilla Bouquet dan Tropical Spa. Meskipun Sweet Mariposa telah laris terjual di ibu pejabat Bliese, orang ramai masih boleh mendapatkannya daripada stokis
dan ejen Bliese yang sah di seluruh negara.
Bliese juga menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana ekonomi dan pendapatan sampingan di musim pandemik ini untuk menyertai keluarga Bliese dengan menjadi stokis dan ejen kami yang sah dengan hanya menelefon atau WhatsApp di talian 016-913 8358. - DagangNews.com