Serba Dinamik berusaha keras menangani penurunan penarafan Fitch terhadap risiko pembiayaan semula | DagangNews Skip to main content

Serba Dinamik berusaha keras menangani penurunan penarafan Fitch terhadap risiko pembiayaan semula

KUALA LUMPUR 4 Nov – Fitch Ratings menurunkan penarafan Serba Dinamik Holdings Bhd kepada “CCC-” from “B-”.

 

Firma penarafan antarabangsa itu juga menurunkan sukuk senior unsecured yang patut matang pada Mei 2022 dan Mac 2025 kepada “CCC-” daripada “B-” dengan pemulihan diberi penarafan “RR4”.

 

“Penurunan tersebut menunjukkan rizab tunai Serba Dinamik yang menyusut, kecairan yang tenat dan mengenengahkan risiko pembiayaan semula ke atas hutang berjangka pendek dengan RM100 juta dalam kertas komersial dan AS$220 juta dalam sukuk – semuanya matang pada Mei 2022,’’ kata Fitch Ratings.

 

“Kajian semula itu masih berjalan dan tidak jelas bila ia akan dimuktamadkan – dan bergantung jika penyempurnaannya memuaskan – Serba Dinamik mempunyai masa terhad untuk menangani isu tempoh matang itu nanti.’’

 

Mengulas mengenainya, Pengarah Urusan/CEO Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, ia adalah sudah dijangka kerana kumpulan itu belum mengemukakan laporan audit statutori.

 

“Walaubagaimanapun, kami sedang bekerja keras untuk menyiapkannya mengikut tempoh waktu yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia,’’ kata beliau.

 

“Audit statutori kami bagi FY2020 berjalan lancar dan dilakukan oleh auditor luaran yang baharu dilantik, Nexia SSY PLT bekerja siang dan malam untuk menyiapkannya,” kata beliau.
 

 

Serba Dinamik
                       Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah

 

 

Dalam surat bertarikh 25 Oktober lalu, Bursa Malaysia telah meluluskan permohonnan untuk melanjutkan tempoh kepada sebulan lagi dari 31 Oktober kepada 30 November bagi menyiapkan laporan tahunan syarikat, merangkumi penyata kewangan tahunan yang diaudit bersama dengan laporan juruaudit dan pengarah bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021.

 

Saham Serba Dinamik didagangkan pada harga 35 sen ketika ditutup pada tengahari 22 Oktober lalu, disebabkan arahan penggantungan saham dan waran oleh bursa, dan modal pasarannya kini ialah sebanyak RM1.31 bilion. – DagangNews.com