Sheng Tai & KenTeam jadikan The Sail Melaka, Pusat Kewangan Antarabangsa | DagangNews Skip to main content

Sheng Tai & KenTeam jadikan The Sail Melaka, Pusat Kewangan Antarabangsa

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran MoA antara Leong Sir Ley (kanan) dan Justin Lim sambil disaksi CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Dato Azmi Hussain dan Ketua Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Dato Zaidi Johari di Melaka, 11 Mei 2021.
 

MELAKA 11 Mei – Sheng Tai International Sdn Bhd, pemaju hartanah yang memenangi anugerah, dan KenTeam International Sdn Bhd (KenTeam), syarikat pengilang sarung tangan lateks dan nitril utama di Malaysia, memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersejarah dengan matlamat menjadikan The Sail Melaka sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa dan kemungkinan hab bebas cukai.

 

Bahagian pertama MoA merangkumi kerjasama Sheng Tai International dengan KenTeam untuk membuka Outlet Premium di The Sail Melaka serta memohon status Bebas Cukai untuk Fasa Kedua The Sail Melaka – dataran kebudayaan dan Fasa 3 – jutaan kaki persegi ruang membeli-belah.

 

Sementara bahagian kedua MoA pula merangkumi KenTeam melabur ke atas tiga (3) menara The Sail Melaka, dengan setiap menawar mengandungi 61 tingkat. Berukuran keseluruhannya 1.2 juta kaki persegi, tiga menara tersebut, masing-masingnya akan berubah menjadi Pusat Kewangan Antarabangsa, Hab Kesejahteraan Kesihatan dan hab Teknologi Maklumat.

 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian tersebut selain memberi sokongan kepada Pusat Kewangan Antarabangsa dan Hab Bebas Cukai yang bakal dibina. Mewakili Sheng Tai International pada majlis tersebut dan pertukaran dokumen ialah Dato' Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International. Pihak Kenteam pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Justin Lim.

 

Dato' Leong Sir Ley, Pengerusi dan Pengasas Sheng Tai International, berkata, "Kami amat teruja untuk menjalin kolaborasi dengan KenTeam bagi membina Fasa 2 The Sail Melaka dan Fasa 3 Phase 2 and Phase 3 menjadi Zon Bebas Cukai."

 

"Sebagai tambahan, pelaburan KenTeam ke atas tiga menara The Sail Melaka akan pastinya menjadikan The Sail Melaka sebuah bangunan ikonik dan bangunan utama di rantau ini apabila siap kelak. Kami yakin bahawa kami akan mampu menarik lebih banyak pelaburan pelaburan ke dalam The Sail Melaka dan ia akan seterusnya mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan masyarakat sekitar.

 

"Pandemik Covid-19 telah memberikan banyak paluan sepert Melaka kerana pelabur dan jenama antarabangsa berhasrat untuk melabur di situ. Bagi dua bangunan Shen Tai International di Melaka, Metrasquare and The Sail, kami telah berjaya menarik jenama seperti IWG, Memorigin dan FashionTV yang mahu meluaskan lagi perniagaan mereka di sini.

 

the sail melaka
Lakaran pelukis rupa bentuk The Sail Melaka yang sedang dalam pembinaan.

 

Datuk Seri Justin Lim, Ketua Eksekutif KenTeam, berkata, "Kami mengalu-alukan perkongsian kami dengan Sheng Tai International bagi menjadikan The Sail Melaka sebagai zon bebas cukai dan hab yang ikonik. Walaupun perniagaan kami tertumpu kepada lateks dan sarung tangan nitrile, kami sentiasa terbuka untuk meneroma peluang-peluang baru bersama syarikat sealiran seperti Sheng Tai International.”

 

The Sail Melaka merupakan pembangunan bercampur bernilai RM6.5 bilion terletak di Kota Laksamana di bawah Taman Eko Perniagaan Tengah M-WEZ atau Melaka Waterfront Economic Zone.

 

Dibina secara konsep globalisasi, The Sail Melaka memparkan sembilan (9) menara, dengan setiap menara mengandungi 61 tingkat. Ia mengandungi lebih daripada 3,259 unit kondotel mewah; tiga (3) menara hotel 5 dan 6 bintang setinggi 61 tingkat berjumlah 2,584 unit; sebanyak 1,215 unit suite bisnes selain 36,2938 kaki kebudayaan per segi yang menempatkan 65 unit kedai mengadap Selat Melaka.

 

Kemudahan unik pembangunan bercampur ini termasuk `sky ring’ 500m menghubungkan sembilan menara; 4,090 meter persegi pusat pameran dan konvensyen; Taman Udara bercahaya; begitu juga The Moon, pusat pengalaman berbentuk elliptical 360 darjah. Ia juga mengandungi restoran antarabangsa bertema angkasa; satu daripada sky rings terpanjang; taman angkasa; satu daripada kolam mandi pada bumbung terpanjang di rantau ini; satu daripada bangunan berlapik tertinggi dengan setiap satunya mengandungi 61 tingkat; pusat konvensyen paling eksklusif dan paling penting, struktur menyambung kesemua 9 menara tertinggi itu.

 

Fasa 1 The Sail dijadual disiapkan pada Q4 2021. - DagangNews.com