Shopee Seller Summit perkasa 1,200 penjual dalam talian Malaysia untuk kekal relevan dan pacu pertumbuhan ekonomi | DagangNews Skip to main content

Shopee Seller Summit perkasa 1,200 penjual dalam talian Malaysia untuk kekal relevan dan pacu pertumbuhan ekonomi

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Jun - Seramai 1,200 penjual Malaysia di platform Shopee berazam untuk kekal relevan dengan nilai yang dipegang pengguna muda dalam talian melalui pemasaran berasaskan nilai sempena penganjuran Shopee Seller Summit yang berlangsung hari ini. 

 

Konvensyen tahunan e-dagang terbesar itu membolehkan para penjual mempraktikkan trend terbaharu pengguna dalam talian dan menggunakan ciri-ciri perniagaan terbaharu Shopee Marketplace bagi menyumbang kepada pembangunan komuniti tempatan merangkumi pelbagai industri seluruh negara. 

 

Pengarah Shopee Malaysia, Cheng Xun Chua berkata, beliau telah mengumumkan inisiatif platform 2023 yang bertumpukan kemajuan penjual Malaysia. 

 

"Pertama, Shopee mengukuhkan keupayaan logistik dan pembayaran, dan mengutamakan pemeliharaan jenama dengan menambahbaik pengalaman membeli-belah pelanggan berasaskan nilai. 

 

"Kedua, Shopee memaksimumkan nilai jangka hayat pelanggan menggunakan pangkalan pengguna dengan membina sinergi kategori silang dan merapatkan lagi hubungan antara penjual serta pelanggan mereka, meningkatkan penglibatan pembeli-belah dan maksimumkan kecapaian penjual," katanya dalam kenyataan.

 

Menurut beliau, menerusi landskap e-dagang terkini, pelanggan mengambil peduli nilai yang dipegang dan yang dipraktikkan oleh penjual dengan memeriksa apa kata pempengaruh dan rakan sekutu tentang jenama mereka. 

 

"Dengan Shopee 360 Marketing Solutions, kami membekalkan platform rumusan pemasaran komprehensif dan menyeluruh termasuk pelbagai khidmat dan fungsi perniagaan bagi membantu penjual meningkatkan jualan dan profil mereka," katanya.

 

 

shopee

 

 

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, setiap tahun, ribuan penjual menjalin hubungan dan mempelajari sesuatu yang baharu untuk berkembang di Seller Summit.

 

"Tahun ini, saya berpeluang menyantuni forum panel tentang strategi proaktif pemasaran berasaskan nilai yang saya yakin akan memacu impak sosial dan perniagaan setiap industri," katanya.

 

 

shopee

 

 

Sementara itu, pemenang Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik Shopee Super Award 2022, Khairul Aming menyeru para penjual untuk kekal relevan ketika diskusi panel. 

 

Khairul memperkenalkan Sambal Nyet di Shopee pada 2021 dan telah membuat jualan melebihi RM21.5 juta, dengan botol ke sejuta terjual pada Ogos lepas. 

 

 

shopee

 

 

shopee

 

 

Dengan sentiasa memperbaharui dan menyuaipadan kandungan dengan cita rasa tempatan rakyat Malaysia, beliau memiliki 3.7 juta pengikut di Instagram dan konsisten dinilai 5 bintang di Shopee dengan jumlah pengikut melebihi 392,200.

 

Berasal dari Kelantan, pertumbuhan perniagaan Khairul Aming adalah model dalam mencipta peluang keterangkuman pekerjaan di negeri beliau dengan lebih 50 staf yang menyokong lebih 150 tanggungan. - DagangNews.com