Siling Geran Pembangunan Pasaran dinaikkan kepada RM500,000 | DagangNews Skip to main content

Siling Geran Pembangunan Pasaran dinaikkan kepada RM500,000

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajaan bersetuju untuk menaikkan siling Geran Pembangunan Pasaran (MDG) daripada RM300,000 kepada RM500,000 bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain geran berkenaan, geran padanan bernilai RM50 juta akan disediakan untuk membangunkan industri aeroangkasa dan peranti perubatan.

 

Beliau berkata demikian dalam inisiatif ke-13 Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang dibentangkan hari ini.

 

Baca : PM umum 20 inisiatif di bawah Pemerkasa bernilai RM20 bilion

 

Dalam inisiatif sama, beliau memberitahu, sebagai pemboleh daya yang penting bagi program pemulihan negara, pelaburan asing dan perdagangan antarabangsa perlu diberi tumpuan khusus.

 

Bagi tujuan itu katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus meneroka potensi eksport baharu, serta menggalakkan penggunaan automasi serta mekanisasi dalam kalangan pemain industri. 

 

"Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuklah inisiatif eBizLink, iaitu platform pemasaran digital secara maya dan hibrid, serta inisiatif Globepreneur.

 

"Ia bertujuan mengetengahkan lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpotensi ke pasaran antarabangsa," katanya lagi. - DagangNews.com