Socar, Trevo tambah lebih 400 kereta sewa baharu sempena Tahun Baharu Cina | DagangNews Skip to main content

Socar, Trevo tambah lebih 400 kereta sewa baharu sempena Tahun Baharu Cina

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Jan - Platform sewa kereta dalam talian, Socar dan perkongsian pasaran kereta terbesar, Trevo menyambut Tahun Baharu Cina dengan lebih 400 unit kereta baharu dalam kedua-dua aplikasi tersebut.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Socar, Shylendra Nathan berkata, sempena perayaan tersebut, Socar dan Trevo berbesar hati untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman penyewaan kereta yang lancar dan bermanfaat. 

 

"Kami komited untuk menjadikan musim perayaan ini tidak dapat dilupakan semua rakyat Malaysia, itulah sebabnya kami menambah lebih 400 kereta di semua lokasi.

 

"Ia bagi memastikan pengguna kami mempunyai pelbagai pilihan dan kebolehcapaian untuk keperluan perjalanan mereka," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Sehubungan itu katanya, orang ramai boleh mendapatkan diskaun sebanyak 50% dengan membuat tempahan 28 hari lebih awal, antara 8 Januari hingga 28 Januari 2024 atau dari 5 Februari hingga 25 Februari 2024, menggunakan kod tempahan CNYDRIVE50.

 

 

socar

 

 

 

socar

 

 

"Kenderaan sewa dari Socar dan Trevo boleh dijadualkan untuk dihantar/dikumpul di pelbagai lokasi sesuai di seluruh Malaysia, memastikan pengalaman perjalanan yang bebas kerumitan dan fleksibel," katanya.

 

 

socar

 

 

Tambahnya, lokasi berkenaan termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Ipoh, Melaka (hanya Socar), Langkawi (Trevo) dan Kuching (Trevo).  - DagangNews.com