Spritzer EcoPark rai suasana balik kampung bersama pengunjung | DagangNews Skip to main content

Spritzer EcoPark rai suasana balik kampung bersama pengunjung

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 April - Bermula 30 April hingga 8 Mei 2022, Spritzer EcoPark di Taiping, Perak menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan untuk pengunjung sempena sambutan Aidilfitri.

 

Antara aktiviti yang disediakan, termasuk Bengkel DIY untuk kraf bunga, bakul bunga serta kraf, rakam dan siarkan gambar hiasan atau aktiviti perayaan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dan hadiah kejutan setiap hari untuk ditebus oleh tiga bintang hari lahir pertama pada hari tersebut.

 

Selain itu, aktiviti lain menunggang pedal kart, lolipop Balik Kampung dan coklat ketupat untuk menyedapkan selera dan minuman Tropical Fizz oleh Spritzer Sparkling bagi menghilangkan dahaga. 

 

Promosi kedai cenderamata dan kedai air juga akan diadakan dalam tempoh tersebut.

 

Orang ramai juga boleh melihat hiasan kitar semula Hari Raya Balik Kampung Bersama yang menarik yang diterangi cahaya lampu yang mempersonakan.

 

EcoPark telah mengitar semula ribuan botol Air Mineral Asli Spritzer untuk menjadikannya hiasan tradisional dalam semangat Hari Raya Aidilfitri. 

 

Pengunjung akan disambut gerbang utama dengan pemandangan hiasan perayaan, termasuk pembalut ketupat, katil sofa dan periuk belanga yang mengingatkan rumah tradisional kampung.

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

 

Pelawat Muslim dan keluarga serta rakan-rakan mereka boleh bersiar-siar di EcoPark, berbuka puasa di tengah-tengah suasana murni di Kafe STG yang selesa dan menikmati malam bersama sambil mengambil swafoto dan gambar merakam taman yang dihias sepenuhnya sebagai kenang-kenangan.

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

Sempena Hari Ibu, terdapat aktiviti tambahan seperti perkhidmatan merias kuku, lukisan seni badan dan ilustrasi diatur khusus dari 6 hingga 8 Mei 2022. Masuk adalah percuma. - DagangNews.com