Spritzer sumbang air minuman botol kepada mangsa banjir di Terengganu | DagangNews Skip to main content

Spritzer sumbang air minuman botol kepada mangsa banjir di Terengganu

Syarikat sumbangkan Air Mineral Semulajadi Spritzer sebagai sebahagian daripada usaha membantu mangsa banjir.

KUALA LUMPUR 10 Mac – Spritzer membantu mangsa banjir di Terengganu dengan memastikan mereka mendapat akses kepada bekalan air bersih untuk tujuan minuman selepas kejadian banjir yang melanda negeri itu berikutan hujan berterusan.

 

Ekoran daripada hujan lebat berterusan di Semenanjung Malaysia, dilaporkan bahawa banjir telah berlaku di keseluruhan lapan daerah di Terengganu dan melibatkan lebih daripada 17,000 orang di 87 buah pusat pemindahan.

 

Syarikat ini, dengan bantuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah mengatur penghantaran Air Mineral Semulajadi Spritzer ke pusat pemindahan bagi mangsa banjir yang terletak di Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

 

Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kesulitan yang dialami mangsa banjir. Hujan yang berterusan di seluruh negeri telah memberi kesan kepada ribuan orang, yang kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

 

 

spritzer

 

spritzer

 

 

Spritzer meminta orang ramai agar berhati-hati dengan pencemaran yang diakibatkan oleh air banjir dan mengelak daripada menggunakan sumber air yang tidak diketahui puncanya.

 

Orang ramai digalakkan untuk memasak air dari paip air untuk digunakan bagi minum, masak dan menggosok gigi.

 

Jangan gunakan air yang telah berubah warnanya ataupun air yang berbau dan elakkan air tercemar ini daripada terkena kulit dan mata. - DagangNews.com