SPRM sebagai sebuah institusi lebih utama berbanding individu | DagangNews Skip to main content

SPRM sebagai sebuah institusi lebih utama berbanding individu

Oleh PANKAJ KUMAR

KONTROVERSI yang melanda Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Tan Sri Azam Baki hendaklah dilihat pada sudut pandangan perkara lebih besar dan bukan sekadar individu semata-mata.

 

SPRM yang ditubuhkan di bwah Akta SPRM 2009, bukan sahaja berperanan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi bergerak sebagai badan bebas, telus dan profesional supaya boleh menguruskan usaha memerangi rasuah di Malaysia.

 

Azam telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mac 2020, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

 

Menurut Muhyiddin, pelantikan Azam dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang diterajui Ketua Setiausaha Negara yang telah mencadangkan nama beliau.

 

Sewajarnya pada ketika jawatankuasa berkenaan menyenarai pendek nama Azam sebagai calon ketua SPRM, segala fakta-fakta berkaitan dirinya sudah diperiksa dan disiasat.

 

Oleh itu, walaupun kini wujud kontroversi berkaitan pembelian saham oleh beliau (atau oleh adiknya seperti didakwa) ia bukan suatu isu kerana jawatankuasa pelantikan sudah pun memeriksa transaksi tersebut ketika itu.

 

Dalam apa keadaan, ini bukanlah masanya untuk mencari kambing hitam atau perbicaraan menerusi media terhadap Azam atau SPRM kerana ia tidak membawa manfaat kepada sesiapa.


 

azam baki
                                                                  Tan Sri Azam Baki

 


Pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Sekuriti (SC), telah menyatakan hasrat untuk menyiasat perkara tersebut manakala Parlimen, menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas akan memanggilnya pada 19 Januari ini.

 

Oleh itu, kini tiba masanya untuk bergerak ke hadapan dan memberi tumpuan kepada agenda negara yang lebih penting.

 

Fokus terhadap rasuah, bukan individu 

Usaha-usaha SPRM menentang rasuah kini dihakimi secara bagaimana Transparency International (TI) memberi penarafan ke atas Malaysia, daripada segi markah dan kedudukan.

  

Dengan TI dijangka menerbitkan Indeks Persepsi Rasuah 2021 terbaharunya pada 22 Januari ini, tidak akan menghairankan jika markah dan kedudukan Malaysia akan terus menyusut berdasarkan cara menguruskan isu-isu berkaitan rasuah di negara ini tahun lalu.

 

Pada tahun 2021, Malaysia mencatat markah 51 mata dan berada di kedudukan ke-57 di dunia. 

 

Semua rakyat Malaysia hendaklah memainkan peranan mereka memerangi penyakit sosial buruk ini yang telah menyerap ke dalam masyarakat dan menjejaskan potensi kapasiti output ekonomi negara ini.

 

Kita hendaklah mengambil inisiatif untuk menyokong SPRM dan usaha-usahanya menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk kita semua.

 

Kegagalan bukan suatu pilihan. Jika SPRM gagal, kita semua gagal.


 

SPRM

 


Lagi pun, dibawah Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad,  Malaysia melancarkan Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019-2023. 

 

Matlamat pelan ini adalah supaya Malaysia dikenali kerana integriti dan bukan rasuah di mata dunia.

 

Motto pelan tersebut “Living Correctly, not Corruptly” (Hidup Secara Amanah, Bukan Rasuah) jadi marilah kita capai matlamat ini. - DagangNews.com

 

Pankaj Kumar merupakan pengarah urusan Datametrics Research and Information Centre Sdn Bhd (DARE), sebuah platform pengumpulan data, analisis strategik dan advokasi berpangkalan di Malaysia, untuk perniagaan dan industri di sektor-sektor utama di dalam ekonomi Malaysia.