The Starhill tampil dengan wajah baharu selepas menjalani proses transformasi | DagangNews Skip to main content

The Starhill tampil dengan wajah baharu selepas menjalani proses transformasi

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Dis - Pusat beli-belah mewah The Starhill memperkenalkan wajah baharunya selepas menjalani transformasi selama dua tahun bermula 2019.

 

Dengan menggabungkan perniagaan runcit, pusat beli-belah yang terletak di Bukit Bintang itu telah berubah menjadi 'Home of the Tastemakers' dengan pelanggan boleh membeli-belah dan tinggal dalam suasana yang sofistikated.

 

Penambahan itu menggabungkan kawasan runcit di bahaian bawah dengan bagunan setinggi tujuh tingkat melibatkan empat tingkat ruang runcit.

 

Pada masa sama, tiga tingkat bangunan itu menempatkan 160 bilik hotel di bawah JW Marriott dan lebih 1,100 bilik disambungkan ke The Starhill dengan menggabungkan JW Marriott dan The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

 

Naib Presiden YTL Land and Development, Joseph Yeoh berkata, fokus utama pihaknya adalah untuk menawarkan holistik yang melangkaui segmen rucit dan makanan dirangkumkan dalam ruang yang intim dengan pengunjung boleh melarikan diri dari kesibukan bandar.

 

"Ia mengkuhkan kedudukan The Starhill di Bukit Bintang sebagai destinasi wajib dikunjungi berikutan pembukaan [kedai buku Taiwan] Eslite Spectrum selepas pengembaraan dua tahun dalam menjadikannya destinasi seni dan budaya yang kreatif ini.

 

starhill2

 

"Kami berbesar hati dapat menawarkan elemen ini menerusi pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang tahun termasuk keraian seni dan budaya Rasa Eslite oleh Eslite Spectrum yang sedang berlangsung sekarang serta acara-acara lain seperti pelancaran produk dan jenama, pengaktifan reruai jualan dan sesi perkongsian pengetahuan. 

 

"Bagi memenuhi permintaan pengunjung, The Starhill juga mengalu-alukan peluang jalinan kerjasama dengan pelbagai jenama bagi memperluaskan lagi pengalaman yang disediakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

The Starhill memiliki 28,000 meter persegi ruang runcit dengan lebih daripada 92% telah disewa, 30% daripadanya diambil oleh perusahaan makanan dan minuman.

 

starhill2

 

The Starhill adalah lokasi kepada jenama tempatan termasuk Apollo Wellness Centre, Biologique Recherche dan Opera Cafe selain label antarabangsa seperti Paul & Shark, Philipp Plein, Roberto Coin, Shiatzy Chen, Stefano Ricci dan Tom Ford.

 

Kedai perdana Eslite yang pertama di Asia Tenggara dibuka di The Starhill minggu lepas.

 

Eslite Spectrum Kuala Lumpur yang menduduki keseluruhan 6,500 meter persegi Aras 1, menawarkan pelbagai buku sebagai tambahan kepada barangan buatan tangan dan jenama gaya hidup. 

 

Dengan lebih daripada 40 lokasi di Taiwan, termasuk satu dibuka 24 jam, dan cawangan di Hong Kong, China dan Jepun, Eslite ialah rangkaian buku runcit terbesar di Asia. - DagangNews.com