Straumann Group berhasrat sedia 3,000 pakej implan gigi bernilai RM10 juta kepada golongan B40 | DagangNews Skip to main content

Straumann Group berhasrat sedia 3,000 pakej implan gigi bernilai RM10 juta kepada golongan B40

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Mei - Straumann Group Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Straumann Group berhasrat untuk menyediakan sejumlah 3,000 pakej implan pergigian bernilai RM10 juta yang akan memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan dan B40.

 

Hasrat kumpulan itu disuarakan menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) yang diadakan bersama Kementerian Kesihatan..

 

Perbincangan mengenai perkara itu diadakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Guillaume Daniellot dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

 

Daniellot berkata, kerjasama itu adalah satu pencapaian penting buat kumpulan dan pihaknya menghargai kesudian kementerian itu untuk menjalinkan kerjasama dalam memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

 

Katanya, kesihatan gigi adalah penting untuk kesejahteraan semua dan pihaknya percaya semua orang memiliki hak untuk mendapatkan rawatan secara menyeluruh dan beretika.

 

"Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesihatan pergigian komuniti yang berhasrat meningkatkan kesedaran tentang kesan jangka panjang kehilangan gigi selain memastikan masyarakat Malaysia yang kurang bernasib baik mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan pergigian bertaraf dunia.

 

"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan rakan sejawat kami untuk mengaktifkan program ini dalam usaha menyokong kementerian menerusi Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2021-2030," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - DagangNews.com