Sultan Johor terima menghadap Tan Sri Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi | DagangNews Skip to main content

Sultan Johor terima menghadap Tan Sri Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

 

Pertemuan Perdana Menteri bersama baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

 

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) seperti dalam hantaran Facebook baginda.

 

Terdahulu, pada pagi tadi Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

 

PM
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

 


Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke Empat Belas pada hari ini dirasmikan oleh Baginda Tuanku Sultan. - DagangNews.com