Sunway Hotel Big Box Iskandar Puteri sedia pakej Welcome Back, Neighbours pada harga RM599 | DagangNews Skip to main content

Sunway Hotel Big Box Iskandar Puteri sedia pakej Welcome Back, Neighbours pada harga RM599

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Jun - Sunway Hotel Big Box di Sunway City Iskandar Puteri menyediakan pakej promosi "Welcome Back, Neighbours!" bermula 23 Mei hingga 22 Jun 2022 bagi memberi pengalaman istimewa kepada orang ramai yang meminati sukan ekstrem.

 

Menerusi pakej yang disediakan itu, mereka menyediakan aktiviti menarik dan mencabar untuk dua orang dewasa, lengkap dengan penginapan tiga hari dua malam.

 

"Menerusi kerjasama dengan Sunway Big Box Retail Park, pakej RM599 (bernilai RM1,999) termasuk dua pas (single-seater) Go Kart percuma di X Park dan masuk percuma ke EnerG X Park, Sunway Big Box Retail Park untuk dua orang serta baucar beli belah e-mall Sunway bernilai RM100," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengurus Besar Sunway Hotel Big Box, David Xavier berkata, pihaknya mahu orang ramai menikmati percutian yang disediakan menerusi pakej yang disediakan pihaknya.

 

"Orang ramai sebelum ini  tidak dapat menikmati sepenuhnya aktiviti kegemaran mereka sejak wabak ini bermula, dan kami mahu mengubah situasi ini. 

 

"Di Sunway Big Box Retail dan Hotel Sunway Big Box, kami mempunyai beberapa aktiviti rekreasi terbaik untuk individu yang mengemari aktiviti lasak dengan pilihan makanan dan peluang membeli-belah yang hebat,” katanya.

 

sws

 

Dengan akses terus ke hotel, Sunway Big Box Retail Park merupakan pusat beli-belah terbuka yang inovatif di kawasan seluas 24 ekar, yang menampilkan beberapa pilihan tempat makan terbaik.

 

Hanya tiga minit dari Sunway Hotel Big Box, terletak X Park di kawasan seluas 40 ekar yang menawarkan pelbagai aktiviti daripada go-kart, ATV, flying fox, paintball, memanah dan banyak lagi.

 

Hotel Sunway Big Box dan Sunway Big Box Retail Park terletak di lokasi strategik 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan 15 minit dari Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru melalui Laluan Kedua Lebuhraya Pantai.

 

Hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai 284 bilik lengkap dengan Wi-Fi percuma tersedia di semua kawasan awam, pusat kecergasan 24 jam dan kolam renang. 

 

Mereka yang ingin bersantai di tepi kolam renang boleh la beristirehat di Pool Bar yang turut menghidangkan minuman dan makanan ringan sambil menonton pelbagai rancangan sukan.

 

Untuk tempahan di Sunway Hotel Big Box, sila hubungi +607-5336653 atau emel sbbh.enquiry@sunwayhotels.com. - DagangNews.com