Tawaran kemasukan ke sekolah khusus boleh disemak pada 15 Mac 2022 | DagangNews Skip to main content

Tawaran kemasukan ke sekolah khusus boleh disemak pada 15 Mac 2022

Foto Bernama
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa tarikh semakan tawaran kemasukan tingkatan 1, tingkatan 4 dan tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke sekolah khusus tahun 2022 adalah pada 15 Mac 2022.

 

Menteri Kanannya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke tingkatan 4 serta tahun 1 SVM. 

 

Beliau berkata, tawaran kemasukan sekolah khusus ini melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

 

"Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu tingkatan 1 dan tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022, manakala pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022.

 

"Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM dan pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

kpm
Datuk Dr Radzi Jidin

 

 

 

kpm

 

 

Katanya, pendaftaran bagi murid baharu tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my. - DagangNews.com