Technology Park Malaysia bakal tawarkan 5 bidang perkhidmatan teknologi baharu | DagangNews Skip to main content

Technology Park Malaysia bakal tawarkan 5 bidang perkhidmatan teknologi baharu

Dzuleira Abu Bakar
 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Technology Park Malaysia (TPM) bakal menawarkan perkhidmatan di dalam lima bidang teknologi sebelum penghujung tahun ini untuk memperkukuhkan lagi bekalan inovasi bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

 

Ini antaranya melibatkan perkhidmatan infrastruktur bersepadu yang ditambah baik dengan tapak sandbox, makmal kajian dan pusat komersial serta program untuk membina rancangan inovasi yang lebih kukuh. 

 

Dalam pada itu, TPM juga akan menyediakan kemas kini berhubung zon pembangunan yang dikhususkan untuk teknologi sedang membangun termasuk dron, robot, kecerdasan buatan, teknologi perubatan dan sebagainya untuk kegunaan sektor pertanian, pembuatan dan bandar pintar serta kesihatan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dzuleira Abu Bakar percaya bahawa entiti itu berada di persimpangan yang tepat antara sains, teknologi, inovasi dan tapak untuk mendorong agenda pengkomersialan yang merupakan tonggak keselamatan strategi pembekalan inovasi mereka.

 

“Kita perlu mendorong inovasi menjangkaui ruangan makmal dan akademik ke dalam pasaran di mana teknologi inovasi sesuai dengan spesifikasinya dan seterusnya menghasilkan penggunaan kes yang membawa keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba mendedahkan bahawa kementerian itu akan menumpukan kepada promosi ekonomi dan inovasi. 

 

Katanya, ini termasuk perancangan kaedah inovasi yang dapat menambah baik ekonomi rakyat dan menyumbang kepada dunia menerusi pengeksportan sains dan teknologi.

 

Menurut Kaji Selidik Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan di Malaysia pada tahun 2019, hampir 80% daripada penyelidikan pada hari ini dijalankan di peringkat institusi pengajian tinggi dan korporat menyumbang kira-kira 15% dan selebihnya iaitu 5% daripada kerajaan. 

 

Laporan itu menunjukkan bahawa antara 2016 hingga 2020, lebih daripada 386 dikomersialkan, membawa nilai terkumpul hanya melebihi RM400 juta. 

 

“Inovasi sentiasa membolehkan kita membuka nilai baharu dan kita mahu meraih keuntungan dengan kepantasan menerusi sinergi dan kebolehskalaan. 

 

“Dalam menyampaikan nilai sosio ekonomi, inovasi mestilah melibatkan penyelesaian tawaran berdasarkan misi yang mampu milik, tersedia dan boleh diakses oleh rakyat. 

 

“Kami percaya perkhidmatan dan program infrastruktur bersepadu ini membolehkan lebih banyak syarikat teknologi dan inovasi akan mempunyai peralihan kejayaan yang lebih kukuh,” tambah Dzuleira lanjut. - DagangNews.com