Industronics jual tanah pegangan bebas RM7 juta kepada People and Global | DagangNews Skip to main content

Industronics jual tanah pegangan bebas RM7 juta kepada People and Global

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 24 Sept - Industronics Bhd menjual tanah pegangan bebas seluas 1,382 meter persegi di Kajang, Selangor kepada People and Global Sdn Bhd dengan harga RM7 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, tanah itu mempunyai nilai buku bersih RM5.01 juta.

 

"Tanah itu yang mengandungi pejabat empat tingkat dan kilang berkembar satu tingkat telah dijual kepada dua pemegang saham People dan Global, Lauh Sau Wan dan Wong Chee Cheong.

 

"Kos asal pelaburannya ialah RM216,210 bagi sebidang tanah," katanya. 

 

Industronics juga merancang untuk melabur RM5 juta daripada hasil pelupusan untuk membuka galeri jualan baharu jam tangan mewah dalam tempoh dua tahun selepas jualan tanah.

 

Sementara itu, ia juga merancang untuk menggunakan RM656,000 untuk modal kerja dalam tempoh tiga bulan selepas transaksi.- DagangNews.com